Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 27, 2010

GURU ATAU IBUBAPA YANG MENIPU?

Pengurusan Lemah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendapati berlaku kelemahan dalam pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).Kementerian Pelajaran sehingga menyebabkan kelewatan dalam pengagihan bantuan.
Menurut laporan itu, kelemahan lain pula ialah tidak mematuhi beberapa peraturan mengenai pengurusan permohonan dan penyelenggaraan rekod berhubung bayaran juga kurang memuaskan.
Kelemahan-kelemahan itu antaranya berpunca daripada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan yang tidak menjalankan fungsinya dengan berkesan, kekurangan Pembantu Tadbir serta latihan secukupnya tidak diberikan kepada pihak yang terlibat dengan pengurusan KWAPM.

Menurut garis panduan KWAPM, wang bantuan perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa tujuh hari bekerja selepas cek/tunai diterima oleh sekolah, bagaimanapun, semakan audit di 45 buah sekolah di empat buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Pahang dan Sarawak, mendapati sebanyak 29 sekolah telah lewat membuat pembayaran antara 12 hingga 152 hari dari tarikh cek/tunai diterima.
Semakan audit mendapati kelewatan itu antaranya disebabkan oleh kementerian tidak memaklumkan kepada pihak sekolah sebaik sahaja wang telah dikreditkan ke dalam akaun sekolah.
Menurut laporan tersebut, ada juga sekolah yang memberikan bantuan KWAPM kepada murid yang tidak memenuhi kriteria.
"Seramai 12 murid di empat buah sekolah telah diluluskan bantuan walaupun pendapatan yang dicatatkan dalam borang permohonan tidak melayakkan murid tersebut mendapat bantuan," kata laporan itu.
Bagi memastikan kelayakan penerima bantuan tidak dipertikaikan, laporan itu mengsyorkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bantuan memastikan semua borang permohonan diisi dengan lengkap dan disokong dengan dokumen sokongan.
Kementerian juga dicadangkan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang mencatatkan maklumat pendapatan dan tanggungan yang tidak benar bagi tujuan melayakkan seseorang murid menerima bantuan.
Laporan itu juga mencadangkan kementerian supaya memaklumkan kepada pihak sekolah sebaik sahaja wang bantuan dikreditkan ke dalam akaun sekolah dengan menggunakan medium elektronik seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas.
Selain itu, laporan itu turut mengsyorkan kementerian mewajibkan semua sekolah mengkreditkan wang bantuan terus ke akaun penerima bantuan bagi mengelakkan kes kehilangan dan penyelewengan wang bantuan. -BERNAMA
--------------------------
Mengikut pengalamanku la kan, selalunya ibubapa yang mengisi maklumat tidak betul..Kerana nak sangat bantuan KWAPM ni sampai ada yang sanggup buat gaji sikit je..Sedangkan pihak sekolah tengok ada yang datang sekolah hantar anak2 pakai kereta yang mengalahkan cikgu..huhu..Pandai tipu tapi tak pandai nak sorok..Kadang-kadang pihak sekolah tak dapat detact gak, maklumlah banyak lagi urusan lain yang perlu disettlekan..
Bila dapat tahu ibubapa menipu, memang pihak sekolah potong terus nama dan ganti murid yang layak..Dalam hal kena ada sifat amanah..jangan kerana nakkan duit RM300 tu sanggup menipu gitu..Anak2 tu nak menuntut ilmu..tak berkat nanti..Dah la dapat duit KWAPM tu bukannya nak belanja untuk persekolahan anak2..Guna untuk tujuan lain lak..Yang anak-anak ni baju pun tak bertukar..Kuning dan comot semacam je..huhu


Hmm kementerian kena perkemaskan lagi sistem pengurusan ni..seperti yg disarankan..


4 comments:

Unknown said...

inilah dikatakan "Kehendak menghalalkan cara" ibubapa kena lebih amanah bila isi borang... nih cikgu lak kena pantau lelebih..
kuman "18SX??.." Entry

Kalamhati said...

huhu tu la pasal..jaranglah sekolah nak menipu sebab semua tu kan berekod..kalau ada cikgu2 yg bagi kat kroni pun mesti dpt detact sbb lama mana sgt nak sorok..kalau dah kita boleh tanya maklumat dr murid2..budak2 takkan tipu kalau kita tanya pasal family dorang..

eelobor said...

jika di ikut seperti laporan tuh, pendapatan yang di isi dalam borang melebihi paras yg di tetapkan. mungkinkah terlepas pandang?

Kalamhati said...

Maybe ada yang terlepas pandang tapi biasanya kalau parents yg ada slip gaji susah nak tipu..yg biasa cilok ialah yg keje sendiri..

so maklumat akan disaring tru borang yg diisi..tp ada gak yg terlepas dapat..