Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 27, 2010

BAKAL PENGANTIN TUMBUK MUKA IBU HINGGA KOMA

Suspek berang lambat buat persiapan majlis perkahwinan 

CHUKAI: Seorang bakal pengantin menumbuk muka ibunya sehingga wanita itu terjatuh dan koma di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, selepas berang ibunya lambat membuat persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 6 November ini.

Dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari kelmarin, wanita berusia 49 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya itu, sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini, dikatakan baru pulang daripada tempat kerjanya, manakala ibunya sedang mengemas rumah. 

Katanya, suspek kemudian bertanyakan perkembangan persiapan perkahwinannya seperti pelamin, barangan hantaran dan jamuan kepada ibunya sebelum kejadian. 

“Bagaimanapun, kerana kepenatan, tercetus salah faham antara kedua-dua beranak itu menyebabkan berlaku pergaduhan kecil hingga suspek secara spontan menumbuk muka ibunya dengan kuat sebelum wanita itu terjatuh ke lantai lalu terkena meja kopi,” katanya. 

“Akibat kesan tumbukan itu, ibu suspek turut mengalami patah tulang kening, sementara hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu. 
“Wanita itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat pendarahan teruk sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, ibu malang itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan dilihat mula sedarkan diri petang ini (semalam),” katanya. 

Abdullah berkata, polis sudah menahan reman anak ketiga mangsa berumur 25 tahun selama seminggu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun. 


**Berita Harian Online


----------------------------------
Apa nak jadi dengan dunia ni?..Hmm mana nilai keagungan seorang ibu yang Allah berikan?..Layak untuk ditumbuk, diherdik dan ditapak kakikan ke?sedangkan sepatutnya kaki mereka yang kita patut cium..insaflah wahai ummat...



9 comments:

maverick said...

manusia da tak ingat syurge dan nerake...

Kalamhati said...

>>maverick: hmm semoga kita semua dipelihara dari perangai syaitan..

elfa said...

ya Allah ya tuhanku......

minta dijauhkan semua nih.

baik tak kawin dari b'dosa ngn ibubapa sendiri.

wuu.. takutnya~

baik si bakal pengantin 2 pk byk kali sblm nk kwin ngn laki nih.. huh

panas baran n tgn cpt naik.. ishh

Kalamhati said...

huhu tu la..bahaya kawin ngan org panas baran cemni..yg pastinya takkan berkat hidup selagi dia tak mihon ampun dari ibunya..

Unknown said...

laa...pastu trus x jadi kawen..gila la buat mak mcm tu..

dok harap mak pulak..isk.xptot~

Kalamhati said...

>>Yong: tu la pasal..sia2 je pasni kalau kena sumbat lem penjara 7 tahun..huhu sesal kemudian tiada gunanya

LyNn HaMzAh said...

aduhai...kenapa la sampai nak tumbuk mak sendiri...derhaka sungguh la budak nie...

Unknown said...

7 tahun kemudian bru kawen.hehe

Kalamhati said...

>>Lynn: huhu sedihkan..

>>Yong: hehehe orang nak kawin lagi ke tak ntah..lama nak tunggu tu..=D