Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, October 21, 2010

Err pemandu teksi ni wanita??Takmau la naik..



Kalau anda macamana?Nak naik tak?terutama penumpang lelaki..mesti anda akan bagi alasan kat bawah ni kan?






Tidak yakin!!(betul taaak?..hehehe)





Apa kata pemandu tersebut?



Ia nampak mudah, namun untuk memasuki kerjaya yang hampir 99 peratus dimonopoli oleh golongan lelaki, Kamisah dikenali sebagai antara wanita yang berani membuktikan golongan wanita bergelar ibu juga mampu menggalas tugas sebagai pemandu teksi dan kereta sewa.
"Saya tidak melihat kerjaya ini sesuai untuk kaum lelaki sahaja, sebaliknya wantita juga boleh menjadi pemandu teksi, malah saya percaya mereka lebih berhemah di atas di jalan raya.
"Tidak dinafikan ramai yang tidak yakin dengan kemampuan saya memandu teksi, lebih-lebih lagi penumpang muda.
"Tetapi selepas melihat kecekapan saya memandu, ramai penumpang selesa dengan cara pemanduan saya," jelasnya yang juga isteri kepada seorang pemandu teksi.
Setelah lebih dua dekad membantu suaminya memandu teksi dan kereta sewa, Kamisah bersyukur kerana dikurniakan keberanian untuk terus memandu hingga ke hari ini. (sumber gambar dan article: sini)

Nak baca lagi?

Semakin Ramai Wanita Memandu Teksi
KUALA LUMPUR: "Ya...cik nak pergi mana...?" kedengaran suara si pemandu dari dalam teksi.
Sekilas pandang susuk tubuh pemandu teksi ini tidak ubah seperti wanita dan selepas diamati ternyata pemandu teksi itu memang seorang wanita yang lengkap berkemeja putih.
Senario ini bukannya sesuatu yang lumrah di ibu kota kerana kebiasaannya kerjaya sebagai pemandu teksi sering kali dikaitkan dengan lelaki tetapi dunia hari ini tidak membataskan keupayaan golongan hawa untuk menceburi alam pekerjaan ini.
Sungguhpun demikian, kata-kata sindiran yang meragui kemahiran serta kecekapan golongan ini dalam pemanduan sudah menjadi rencah kehidupan mereka bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
INGIN BEKERJA SENDIRI
Bagi Jauriah Mohd Noor, 53, minat untuk menjadi pemandu teksi dan ingin bekerja sendiri mendorong beliau untuk terus bertapak dalam kerjaya ini.
"Sudah tiga tahun saya menjadi pemandu teksi. Dulu saya bekerja sebagai jurujual di pusat pameran kereta di ibu negara selama 12 tahun," katanya yang merupakan ibu kepada tiga orang anak.
Tidak dinafikan ada ketikanya Jauriah terpaksa berdepan situasi sukar seperti ditipu oleh penumpang selepas menaiki teksinya.
"Saya pernah ditipu oleh seorang pelancong asing yang enggan membayar tambang selepas menaiki teksi. Kejadian itu membuatkan saya lebih berhati-hati memilih penumpang malah saya lebih selesa membawa penumpang wanita bersama anaknya," katanya.
Namun di sebalik kejadian seperti itu, Jauriah masih boleh berasa bangga apabila kecekalan dan semangat untuk menjadi pemandu teksi wanita dipuji oleh pelancong asing yang pertama kali melihat teksi dipandu oleh kaum hawa ini.
"Ada seorang pelancong asing seakan tidak percaya ada pemandu teksi wanita di Malaysia. Dia gembira kerana mereka lebih selesa menggunakan perkhidmatan pemandu teksi wanita," katanya kepada Bernama.
SARA ANAK
Syarifah Nurani Syed Jamaluddin merupakan seorang lagi pemandu teksi wanita yang menjadikan kerjaya ini sebagai punca rezeki untuk menanggung anaknya yang juga Orang Kurang Upaya, Mior Ezri Que Nasaruddin,23.
"Dulu saya pernah cuba berniaga menjual nasi lemak...tapi semua itu tidak mendatangkan hasil. Jadi saya lebih suka membawa teksi sebab kerja macam ini bebas, lagi pun dengan keadaan anak saya yang bergantung sepenuhnya pada saya," katanya.
Bagi Kiong Mee Sing, 50, beliau menganggap kerjaya ini bukan tugas yang sukar memandangkan beliau gemar melakukan kerja yang penuh cabaran.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk membuat kerja yang biasa dilakukan oleh orang lelaki sebab saya sudah biasa buat kerja macam ini. Enam tahun saya memandu teksi tiada masalah kecuali kena tipu dengan penumpang sahajalah," katanya.
Beliau yang mesra dengan panggilan Kiong mampu memperoleh pendapatan lebih RM800 sebulan bergantung kepada bilangan penumpang yang diambil.
Ketika ditanya adakah beliau menghadapi gangguan seksual semasa memandu, Kiong berkata setakat ini tiada masalah sebegitu yang dihadapinya.
IBU TUNGGAL
Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang Datuk Aslah Abdullah ketika dihubungi berkata bilangan pemandu teksi wanita semakin meningkat dan ini membuktikan golongan wanita mempunyai kebolehan dan minat untuk menjadi seorang pemandu teksi yang cemerlang.
"Golongan wanita pada masa kini semakin berani dan lebih menonjol, jadi tidak ada masalah untuk mereka berkecimpung dalam bidang ini...asalkan mereka mempunyai lesen perkhidmatan awam dan permit yang sah," katanya.
Aslah berkata kebanyakan pemandu teksi wanita ini terdiri daripada ibu tunggal yang bekerja untuk menyara keluarga selepas kematian suami dan mereka berumur dalam lingkungan 30 tahun ke atas.
Katanya, semakin ramai wanita yang ingin menjadi pemandu teksi dan dalam syarikat miliknya sendiri terdapat hampir 20 orang.
Bagi pemilik syarikat Saujana Teksi Bhd, Nazlan Azahari, pemandu wanita ini dikatakan lebih rajin, fokus dan tidak merungut bila bertugas.
"Mereka buat sahaja kerja, dari segi jadual bekerja ia ditetapkan sendiri oleh mereka mengikut keselesaan masing-masing. Misalnya saya sendiri mempunyai lima orang wanita yang bekerja sebagai pemandu teksi, tiada masalah dan tidak wujud diskriminasi antara wanita dan lelaki," katanya. - BERNAMA


Apa kata anda??


9 comments:

Nur Azila Ismail said...

bgus juga tu . x semestinya lelaki jer kan :)

Kalamhati said...

hehe btul tu..kalau si pemandu btul2 berhemah..tak salah..janji cari rezeki yg halal..

Anonymous said...

ini perkembangan yg baik,smakin ramai wanita bkerja dlm sektor yg dmonopoli lelaki..ini mmbuktikan wnita bleh duduk sm rendah n bdiri sm tggi dgn kaum ada..proud of us..hehe..

Unknown said...

hebat gak tu ek~



kak..slim product tu mmg selamat :) da lama ada..cuma kat sini baru nak popular..org lain pon ada jual~
tp harga lain2 la :)

saya pon mmg pakai krim ni

Kalamhati said...

>>>dahlia: betul tu..dah ramai wanita mampu berdiri sebaris dgn lelaki..kredibiliti mereka diakui..tp jgn jd bos dalam rumahtangga dah..hehe wanita dijadikan dr tulang rusuk lelaki utk sentiasa berada di sisi lelaki menyokong dan membantu lelaki..

dan pepatah arab kata "lelaki itu lebih kuat dari wanita"..maybe dr segi tenaga dan fizikal..makanya, ada kerja2 yg tak mampu kita buat..=)

Unknown said...

nie yang makin berkobar-kobar nak menjadiseorang wanita berkerjaya nie...

tahniah wanita...

eelobor said...

apa salahnya, kita juga kena yakin dgn orang lain

ProfHariz said...

Saya naik je :P Heheh x kisahlah lelaki ke perempuan :) Lagipun dah biasa naik kereta ngan my mom :)

sarah-najwan said...

saya xkisah laki ke perempuan..lagipun kita jugak driver wanita..berhemah bawa kete..eheks...