Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 5, 2010

EMAS PERTAMA NEGARA!!

Amirul raih emas pertama negara


AMIRUL menepati ramalan menghadiahkan emas pertama.


SEPERTI yang diramal, badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel 2010 semalam.
Kejayaan itu membolehkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku berkumandang megah di Stadium Jawaharlal Nehru.
Amirul yang beraksi dalam acara 56 kilogram (kg) mempamerkan persembahan menarik untuk merekodkan keseluruhan angkatan 257kg.
Meskipun dicabar hebat dua atlet India, Amirul, 29, kelahiran Rompin, Pahang ini melakukan angkatan seberat 116kg bagi cara snatch dan 141kg bagi acara clean and jerk.
Pingat perak dan gangsa menjadi milik Sukhen Dey (252kg) dan V.S Rao (248kg).
Kejayaan itu sudah pasti menebus kekecewaan Amirul yang tidak dapat beraksi pada temasya di Melbourne selepas dia menghadiahkan tiga pingat emas di Manchester pada tahun 2002.
Untuk rekod, Amirul pernah melalui peristiwa hitam dalam karier selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang, sekali gus digantung selama dua tahun (2005 hingga 2007).
"Saya gembira kerana kembali melakukan angkatan emas pada Sukan Komanwel seperti mana yang saya lakukan di Manchester pada tahun 2002.
"Saya juga bersyukur kerana kita masih mampu mengungguli acara angkat berat pada temasya ini.
"Meskipun saya gembira dapat menghadiahkan pingat emas pertama buat negara, saya sedikit terkilan kerana persembahan yang saya lakukan hari ini bukan yang terbaik saya iaitu 265kg," kata Amirul.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah individu paling gembira dengan kejayaan yang dicatat Amirul.
"Saya ucapkan tahniah kepada Amirul kerana berjaya menghadiahkan pingat emas pertama negara. Kejayaan ini cukup bermakna buat kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia.
"Semangat yang ditonjolkan Amirul patut menjadi contoh kepada semua atlet negara. Meskipun dia pernah melalui peristiwa hitam, dia tetap bersemangat sehingga mampu menghadiahkan pingat emas buat negara," kata Shabery semalam.
Sementara itu, impian seorang lagi wakil negara, Mohd. Shafiq Ismail untuk menghadiahkan kemenangan 1-2 bersama Amirul tidak kesampaian selepas dia gagal menamatkan saingan dalam kategori ini.
Turut menyaksikan kejayaan yang dilakar Amirul ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong. Kosmo Online
----------------------------------
Tahniah!!..suntikan semangat untuk yang lain..

7 comments:

DKosongLapan said...

tahniahhh...moge yang lain ikot menyumbang emas utk negare....
1 down... 9 more to go!!!

Kalamhati said...

hehe insyaAllah2!!

Kyuubi_85 said...

tahniah2! moga tambah lagi jumlah emas nanti :)

Nur Azila Ismail said...

tahniah . smoga negara kita dapat kumpul byk emas :)

Kalamhati said...

insyaAllah!caiyyok2 mesia..=)

Kuman Chaos said...

tahniah anak malaysia.. yang pertama antara beberapa puluh lagi yang kita akan bolot..
kuman "Jangan..." Entry

Kalamhati said...

itu sudah pasti!yakin boleh!