Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, October 3, 2010

BERHENTI LA BAKAR DUIT TUU..


Jangan jadi hamba rokok..pleeaaasseeee!!nanti kena bakar atas
rokok cemni baru tauuu


Harga Rokok Naik Esok
PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.
Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.
Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.
Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.
Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.>>>mStar Online


Mesti yang smoking tu, hari ni pi pakat2 beli rokok banyak buat stok!!betul tak??takpun hisap rokok banyak2..sampai berasap dada ngan telinga..huhu

Udah-udah la..kalau pun duit banyak tak abis..fikirkan kesihatan diri..sian anak bini..kalau kita je sakit takpe la..ni nyusahkan anak bini lak..lagi teruk bila anak bini tu sakit sebab asap rokok kita tu..haaaihh!

Ku cakap berdasarkan pengalaman..cousin ku sakit sebab ada asap dalam paru-paru dia..cousin perempuan ye bukan lelaki..dia tak isap rokok tapi suami dia memang perokok tegar..doktor kata bleh nmpak asap tu dalam paru-paru..tak kesian ke gitu?kalau anak2 kecil yg terpaksa suffer gitu cemana?

Suami cousin ku yang sorang lagi pun meninggal sebab sakit jantung..mati muda..memang ajal tp doktor kata sebab smoking..jantung dah rosak..anak2 kecil lagi masa..isteri tidak bekerja..umur baru 30 lebih kot masa tu..then isteri terpaksa survive sorang utk besarkan anak2..

Abang2 ku ada gak yg nak berjinak smoking ni..tapi cem sekejap je..dorang insaf sendiri kot..Mujurlah cepat insaf..huhu

Banyak lagi la cerita yang ku dengar dari pengalaman kawan2..tentang keluarga yg meninggal akibat smoking ni..

Ada yang bila orang suruh berhenti..siap bagi alasan ''Kalau berhenti nanti badan naik..berhenti merokok je selera naik"..haha alasan pe tuh??memang la badan awak naik sebab badan tu makin sihat kot..dah tak sedut racun..huhu susah la kalau beralasan gitu beb!

Tertarik dengan gambar yang ku dapat dari Encik Google ni..patut buat billboard cemni gak kat Malaysia ni kan..

Haa btul tu..time cikgu mintak duit bayar yuran..asik kata takde duit..
Bila tanya anak dia,ayah smoking ke tak..anak dia angguk..
Haa memang la tak cukup duit!

Ikh!!(sabar sabaaar..sambil mengucap)


2 comments:

aitotyati said...

memang sesuai buat billboard. tak pun gantung banner tu masa hari pendaftaran pelajar.

hehhee

Kalamhati said...

haa akak setuju!hehe