Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 29, 2010

Awas Tiket Palsu Piala Malaysia!!

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)mengingatkan penyokong pasukan negeri itu yang mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok agar memastikan tiket mereka adalah tulen.
Ketua Pegawai Eksekutif Kafa, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata, ingatan itu diberikan apabila persatuan itu telah dihubungi oleh segelintir penyokong yang berasa ragu terhadap tiket yang dibeli mereka.
"Kita mendapati tiket tersebut yang dibeli melalui "ulat" itu adalah palsu yang bukan dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kafa tidak akan bertanggungjawab atas pembelian tiket palsu dan ini akan merugikan peminat.
"Kafa juga ingin mengingatkan peminat yang membeli tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil juga perlu mengelak membeli daripada ulat bagi membendung masalah yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
FAM telah memperuntukkan sebanyak 30,000 tiket kepada Kelantan manakala yang masih belum mendapatkan tiket, mereka boleh mendapatkannya di kaunter tiket di Bukit Jalil itu.
Seorang pembeli tiket palsu Zamzuri Yatim, 37, ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah mendapatkan tiket yang didakwa tulen itu daripada seorang lelaki di perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, semalam.
Beliau yang berasal dari Tumpat itu berkata melalui lelaki itu beliau telah membeli lima keping tiket yang setiap satunya berharga RM38.
"Saya percaya dengan kata-kata dia yang tiket itu tulen dan tanpa usul periksa saya membelinya dengan harga yang agak mahal sedikit.
"Bila pulang dan diteliti timbul banyak keraguan kerana tiket itu tidak sama dengan kualiti tiket yang diperolehi rakan saya yang lain dan sebab itu saya hubungi Kafa untuk pengesahan," katanya.
Zamzuri yang kecewa kerana ditipu bagaimanapun akan tetap ke Bukit Jalil malam ini dan berharap tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu masih lagi dijual.
Sementara itu, semua pemain Kelantan dan pegawai Kafa berlepas ke ibu negara pada pukul 9.15 pagi ini.
Sebilangan kecil penyokong dilihat turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa bagi mengucapkan selamat berjaya pada perlawanan akhir Sabtu.
sumber: mStar Online
--------------------------
**Psssttt eelobor...hati-hati tau...hehe

9 comments:

alinac lover said...

iskk..naya org je p bli tiket tipu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kena hati-hati nie


sayang, apa url giveaway yang awak tag untuk akak?

Kalamhati said...

>>Yong: tu la..kena hati2


>>Kak Ayu: betul tu kak..
akak tengok entry saya k

http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/2010/10/made-in-peghiiiissparis.html

rossoneri said...

haish,belilah di tempat jual tiket yg sah...

Kalamhati said...

>>rossoneri: ulat2 ni memang duk kt tempat jual tiket..hehe kadang2 terlalu eager nak tgk..dorang main beli je..lupa dah nak tgk betul ke palsu

Abd.Rashid said...

emmp dah beli tiket kat astro...duduk kat stadium dalam rumah jaa laa

Kalamhati said...

>>abd. rashid: hehe betul tu...tapi orang yg biasa tengok kt stadium..mesti nak pegi merasa kehangatannya..kemeriahannya kan

eelobor said...

hanya mereka yang memahami jer bagaimana hati ini tak sabarnya menunggu malam esok. hihihi

Kalamhati said...

>>eelobor: hihihi kawe nok jugok merasa cemana tengok bola di stadium..tak penah raso lagi..nnti la one day..=)