Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, October 14, 2010

Amalan pada Malam Jumaat..

1. Memperbanyakkan bacaan selawat kepada Nabi 
Perbanyakkanlah baca selawat kerana dengan bacaan selawat insyallah kita boleh memperolehi kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Nabi Muhammad saw.
Di dalam sebuah riwayat ada tersebut cerita berikut.. Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk di dalam masjid bersama-sama sahabatnya maka datang seorang pemuda. Nabi terus menyambut kedatangan pemuda itu dengan penuh hormat serta diberi tempat duduk yang paling dekat dengan Nabi. Tempat duduk pemuda itu lebih dekat dari tempat duduk Abu Bakar dengan Nabi.
Lalu Nabi berkata kepada Abu Bakar, "Wahai Abu Bakar aku memberikan tempat duduk kepada pemuda itu lebih dekat daripad tempat duduk engkau ialah kerana di dunia ini tidak ada seorangpun yang membaca selawat untukku lebih banyak daripadanya. Sesungguhnya dia setiap pagi dan setiap malam membaca selawat untukku. Oleh itu aku dudukkan dia lebih dapada engkau" 

2. Membaca surah Al Kahfi. 
Nabi Muhammad ada bersabda:
Barang siapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan 
diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.



3. Memperbanyakan doa.
Pada hari Jumaat ada satu waktu yang bila seorang Muslim solat dan minta kepada Allah akan dikabulkan permintaannya dan waktunya sedikit.
--------------------------------
Sama-sama kita amalkan ye..insyaAllah..=)


4 comments:

Unknown said...

wah...banyak ilmiah dapat malam nie...nantikan entry sis jam 11.30 malam yer...
malam jumaat kan...

Kalamhati said...

hehe sama2 kita kongsi sis..
11.30 malam ye?waaah tak sabar nih..hehe

diba said...

alhamdulilah..kita dikurniakan malam jumaat stiap minggu

Kalamhati said...

alhamdulillah..=)