Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 25, 2010

ADAKAH BERKESAN?

370 Pakar Bahasa Inggeris Asing Akan Diambil Tahun Depan
MELAKA: Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilan pakar tersebut selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.
"Mereka akan melihat bagaimana guru-guru mendidik anak-anak kita dalam bahasa Inggeris, ini kita akan mulakan pada tahun depan," katanya pada sesi dialog program Titipan Naluri bersama guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini, Isnin.
MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan tidak bimbang untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana sebahagian besar guru yang sedang berkhidmat sudah terlatih dalam bahasa itu. "Yang agak mencabar bagaimana hendak kita perkukuhkan bahasa Inggeris?. (Oleh itu) kita juga mahu guru yang sudah tersedia dalam sistem pendidikan mesti didedahkan semula dengan kursus-kursus dalam cuti supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mahir lagi," katanya.
Beliau juga berkata penguasaan guru pelatih di IPG dalam bahasa Inggeris juga akan ditingkatkan agar mereka tidak menghadapi masalah apabila mengajar di sekolah.
"Secara terperincinya, kita akan kemukakan kepada orang ramai tidak berapa lama lagi supaya rakyat tahu dan mereka dapat membantu supaya dasar MBMMBI kita dapat dilaksanakan secara terbaik," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mencari jalan untuk menyeimbangkan jumlah guru pelatih lelaki dan wanita berikutan bilangan guru pelatih lelaki lebih rendah pada masa sekarang.
Beliau berkata sehingga Ogos lepas, jumlah guru pelatih di 27 IPG seluruh negara ialah 34,512 orang dan daripada jumlah itu, seramai 22,805 orang adalah guru pelatih wanita manakala 11,707 orang adalah guru pelatih lelaki.
Selain menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa di IPG, Muhyiddin mahukan guru pelatih lebih kreatif dan inovasi dalam bidang pendidikan. - BERNAMA
------------------------------
Harapnya kedatangan pakar2 ni akan membawa perubahan besar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah..Sekurang2nya mereka datang berganding bahu membantu guru Bahasa Inggeris di sekolah dalam meningkatkan penguasaan murid2 dalam Bahasa Inggeris..


Ku bukan tak yakin..ada sekolah yang dah pernah dihantar dengan pembantu bahasa dari luar negara sebelum ni yang berjaya menampakkan perubahan..tapi mengikut pengalaman ku semasa berada di Sarawak..ada sekolah member dihantar seramai 3 org pakar Bahasa Inggeris ni yg konon2nya utk membantu pihak sekolah..tapi kedatangan dorang ni cem datang nak bercuti plak..


Ditempatkan di quarters sekolah..then hujung minggu dorang ni hilang entah ke mana..travel ke merata2 tempat peranginan di Malaysia..


Pada pendapatku, ramai pakar Bahasa Inggeris di kalangan anak2 tempatan yang boleh membantu..yang grad from oversea..yang dari local university pun ramai pe..sekadar pendapatku sahaja..melalui pengalaman..Maybe ada sekolah lain yang berjaya..Boleh share kat sini..=)

4 comments:

eelobor said...

ntah la, projek membazirkan duit kut.

Kalamhati said...

tau takper..huhu

ISZA said...

rasanya... orang tempatan pun ramai yang layak..

Kalamhati said...

>>Isza: thats true..ramai yg setanding