Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, September 13, 2010

[UPDATE] KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI..

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang


2010/09/13


  • Foto

    ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.

  • Foto

    SALAH seorang suspek kes bunuh Sosilawati dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

  • Foto

  • Foto

Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

**Sumber : Berita Harian


Zalim sungguh manusia..ikh!mana perginya hati-hati mereka ni..

10 comments:

Anonymous said...

Jumpa keling bakar jer dorang..mmg kuang hajo..

Kalamhati said...

binatang pun tak sanggup wat cemtu kot..huhu..harap jadi pengajaran..jgn ada lg yg berniat cemni..Cukup2 lah aniaya org..kesian keluarga si mati..

Dieno said...

memang celaka itu keling...sekarang kita pakat ramai2...jumpa famili itu Patmanathan..kita siksa dan bakar...baru tau macam maner siksanya.

Anonymous said...

ingat ni cam bangsa dorang ke nk bakar2!!!! taubat la bahlol!!

V.I.P said...

Babi Arif sebab patmanaban cibai yg buto wang bunoh sosilawati nape ko caci semua oang India...ko jage skit bhs ko...

Anonymous said...

Pembunuh Altantunya, Canny Ong, Norita Samudin dll india jugak ke?? Motif pembunuhan Dato Sosi dan lain2 termasuk kaum mastermind sebelum itu atas dasar duit dan bukanye kaum. Yang berlambak buang anak kat tong sampah tue bukan binatang ke? Kalau polis tak pilih bulu terhadap kes2 kehilangan sebelum ini gerenti Dato Sosi and the geng hidup lagi. Jangan cepat melatah dan beremosi..

Anonymous said...

al-fatihah kepada arwah sosilawati & takziah kepada keluarga arwah....
amin

lez said...

sejarah membuktikan jenayah ada di mana-mana,tidak mengira masa,tempat,bangsa atau warna kulit.jangan hanya kerana patmanaban seorang india semua kena cerca..melayu pun ada juga bunuh orang,cina pun ada yang buat jenayah..saya bukan india,cina atau melayu.saya orang dusun dari sabah.saya ambil contoh bangsa saya sendiri pun bukan semuanya bagus..ada juga yang buat jenayah,merompak atau bunuh orang.so adalah tidak adil di sebabkan segelintir orang saja yang buat taik semua yang lain kena..jangan jadikan kes seperti ini sebagai isu perkauman..bahaya loorr...pakai otak bila bercakap..sekian..

cicakjuling said...

apapon yg berlaku..kita kan satu malaysia..tak kira la cina ke,melayu ke,india ke,dusun ke dan lain2..tetap dibawah satu negara yg sama..jgn disebabkan jenayah yg dibuat oleh org yg berperangai binatang tu..kita satu malaysia bermusuhan...bersyukurla negara kita masih aman dan makmur..jgn la mencipta satu malapetaka ..bila dah porak peranda baru nak menyesal...jgn sampai kita hidup didalam ketakutan setiap masa...

Anonymous said...

yang sedihnyer tu hanya 7 tahun sahaj penjara..setimpalkh tu?pembunuh teck beng skrg msh di tuntut!!!tapi melayu mati?????melayu bakal dijajah jika kita tidak bersatu dan bakal menumpang dinegara sendri..percayalh satu hr nanti jika persatuan melayu tiada