Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, September 21, 2010

Tiada alasan..

Selebral Palsi Tidak Halang Pelajar Duduki UPSR

Ahmad Faiz Ibrahim,12, menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) di Kota Baharu, Selasa. - Foto BERNAMA

KOTA BAHARU: Menghidap selebral palsi memaksanya menulis menggunakan mulut, namun tidak menghalang Ahmad Faiz Ibrahim daripada menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1), murid Tahun Enam itu tenang menjawab soalan peperiksaan sekalipun menghadapi kesukaran untuk menggunakan pensel yang digerak menggunakan mulut dengan sokongan tangan dan dagu yang tidak mampu berfungsi sepenuhnya.

"Saya nak jadi pandai, nak lawan murid-murid yang lebih pandai daripada saya," kata anak sulung daripada empat beradik itu ketika ditemui selepas itu.

Ahmad Faiz menulis menggunakan mulut, dibantu dengan sokongan tangan dan dagu.

Ahmad Faiz, 12, yang menggunakan kerusi roda menduduki peperiksaan tersebut dalam sebuah bilik khas, dan ditemani ibu bapanya yang menunggu di luar.

Dia yang berazam untuk memperolehi 5A dalam peperiksaan itu juga mahu memastikan kecekalannya itu dicontohi adik-adik.

Sementara itu bapanya, Ibrahim Yunus, 42 berkata anaknya itu seorang yang berdisiplin dalam mengatur jadual harian tanpa perlu disuruh.

"Kami masih beruntung, walaupun Faiz kanak-kanak OKU (Orang Kelainan Upaya), otaknya berfungsi dengan baik cuma dia mengalami masalah di bahagian saraf kawal atau bahagian fizikal yang menyebabkan dia tidak dapat berjalan atau menggerakkan tangan dan kaki," katanya.

Ibrahim yang juga seorang ustaz di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas berkata dia dan isteri, Zalina Mohd Hashim, 36, berharap anak sulung mereka itu mendapat keputusan cemerlang.

Ini kerana katanya, ketika peperiksaan percubaan Ahmad Faiz berjaya memperolehi 4A 1B.

"Walaupun hakikatnya jika Faiz memperolehi keputusan cemerlang dia tidak dapat ke sekolah berasrama penuh kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri tetapi sekurang-kurangnya keputusan cemerlang akan menjamin masa depannya nanti walaupun belajar di sekolah harian," katanya. - BERNAMA

Sumber: mStar Online

-----------------------------------

Terharu tengok kecekalan Ahmad Faiz ni..Jika dalam keadaan macam ni pun dia masih mampu mendapat 4A 1B dalam percubaan..Apa alasan yang boleh diberikan oleh adik-adik calon UPSR yang sempurna..Tak pandai?..Malas?..Takde cita-cita?..Lantaklah nak berjaya ke nak gagal?..UPSR bukan penting sangat?..Hehe alasan tak boleh pakai kan?

Apapun kesedaran bermula dari ibu bapa..Mereka yg perlu tanamkan semangat..mendorong mereka untuk belajar..bekalkan ilmu agama di dada mereka agar hati mereka sentiasa jinak..terang hati utk menerima segala ilmu..

Berdasarkan pemerhatian ku, murid2 yg lemah dan bermasalah dalam pelajaran rata2 datang dari background family yg divorced..parents yang memang langsung tak amik tahu pasal pelajaran anak2.Keluar rumah sebelum matahri terbit dan balik rumah bila anak2 dah tido..Anak2 makan apa yg ada kat rumah je..

Penah ditanya pada sorang murid, dia bgtau balik dari sekolah dia akan masak megi utk adik2 yang darjah 3 dan 2..Ataupun makan je apa yg ada..mak keje kat restoran..tengah malam baru balik..So salah siapa?Kesian anak2 ni..Mencari rezeki tak salah tp tanggungjawab pada anak2 perlu didahulukan..

Bukankah Allah dah bagitau bahawa setiap anak tu ada rezeki masing2..Semua bergantung pada niat..Jika sedikit masa dikorbankan utk jaga kebajikan anak2..insyaAllah Allah akan beri kelapangan masa dan kemurahan rezeki..

Jika tak..walau sampai malam pun cikgu2 ngaja..sia-sia je..dalam diri anak2 ni tidak tertanam minat utk belajar..Datang sekolah hanya sebab mak ayah suruh datang..Ada yang demam2 pun datang sekolah..Bukan sebab nak belajar..Sebab mak suruh gak datang sekolah sebab takde orang kt umah..At last cikgu kena hantar balik gak..Sekolah jadi cem pusat jagaan lak..

Err mcm emos sket..hehe bukan pe..time rasa nak lepaskan pe yang terbuku ni..kena la lepaskan..Bukan membuka aib sapa2 pun kan..Cakap secara umum..masalah yang cikgu2 hadapi..yang jadi cikgu sure faham situation nya cemana kan..

Walau apapun, ku mencintai kerjaya ku ini..Tho kadangkala menyesakkan dada..namun kejayaan mereka penawarnya..bermastautin dalam dunia pendidikan ni, mengajar diri..melatih sabar..menumbuh syukur..mendidik erti kasih..hati yang keras ni pun rapuh sokmo..paling ku tak tahan bila tengok keadaan anak-anak ni yg tak terjaga..baju kedut sejuta..bau takyah cakap la..

Memang tak bleh tengok budak2 cemni..kesian sangat..airmata ni dah murah sangat dah..asik bergenang jer..keluar kelas luruh..huhu..insaf dan bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga yg pentingkan ilmu tho ayah ngan mak tak sekolah tinggi..Namun, ketegasan arwah ayah lah yg jadikan kitorang adik-beradik seorang 'manusia'..alhamdulillah.



2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

setiap kekurangan ada kelebihan kan...semoga insan ni cemerlang dan berjaya dalam hidupnye...

Kalamhati said...

insyaAllah awe..=)