Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, September 16, 2010

[TERKINI] KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI: SUSPEK UTAMA BELI GELARAN DATUK..

Suspek Utama Beli Gelaran 'Datuk' RM180,000

PETALING JAYA: Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.

Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.

Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.

Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.

Di Banting, Bernama melaporkan bahawa pasukan forensik polis menemui lebih banyak objek di Sungai Panchau yang dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Sepasukan polis dilihat membawa beberapa objek, termasuk apa yang dipercayai sebagai serpihan tulang.

Pihak media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian malah skrin kanvas dipasang di kawasan tersebut, menjadikan keadaan lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Turut dilihat berada di tempat kejadian, Pengarah Unit Forensik, Datuk Abdul Malek Harun.

Sumber: mStar Online

-------------------------------
Sejauh mana kesahihannya wallahu a'lam..Kita serah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat..Kita hanya berharap agar pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi mendapat hukuman yang sewajarnya..


5 comments:

Unknown said...

patutlah...

geramnya sis..kalau betul suspek tu yang bunuh...sis harap2 depa kelor2 dulu badan dia...

baru bakar badan dia...

Kalamhati said...

huhu ikut geram kita memang nak dia dibuat macam dia buat kt arwah mangsa2 yg tidak berdosa tu..

tp kita serah kepada pihak berkuasa utk selesaikan..harap setimpal dgn kekejaman yg dilakukan

dalam buletin utama td bgtau, suspek utama dikaitkan dgn beberapa kes penipuan wang lg b4 kejadian ni..

so yg ni bukan kes pertama dia la..polis dah mula buka kes2 lama yg mungkin ada kaitan dgn suspek..

Unknown said...

minta2 cepatlah kes nie ditutup

semoga arwah dimasukkan dalam gol org y beriman...amin

yebbit + . + said...

takot bile bace crite hari2. sedeyy. takziah buat kluarga mangsaa.

Kalamhati said...

Siti Ruhayu : amin ya rabbal 'aalamin..

yebbit: tu la..jenayah sana sini..manusia dh hilang rasa kasih sesama manusia..dunia akhir zaman..