Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, September 12, 2010

Sosilawati ditemui mati dibunuh..hmm

Sejauh mana kebenarannya wallahu a'lam..ni berita yg ku baca dari akbar Kosmo Online:

KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.


Berita ni pula dipetik dari Utusan Online:

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Hmm takziah untuk keluarga mangsa..semoga mereka tabah dan menerima semua ini sebgai dugaan Allah walaupun sangat pahit..manusia dah semakin hilang sifat kemanusiaan..makin tinggi sifat2 kebinatangan..binatang pun tidak sezalim ni..

Semoga mereka yg tidak berperi kemanusiaan ni akan mendapat hukuman yg setimpal..Tidak di dunia..mereka takkan terlepas di akhirat nanti..

Al-Fatihah..

3 comments:

kelhome said...

takziah kepada keluarga Sosilawati yang mati dibunuh dengan kejam.. harap polis dapat menangkap pembunuh tersebut

Unknown said...

Zalim sungguh mereka yang membuat kerja2 terkutuk ini.. pihak berkuasa wajib bertindak sewajarnya membendung kezaliman seperti ini dari terus berleluasa.. rakyat yang mengenali mangsa2 pasti tidak dapat bersabar lagi dan amat marah dengan tragedi ini khasnya warga Batu Pahat iaitu kampung kelahiran Allahyarham Datuk Sosilawati.. Mana buktinya Rakyat Didahulukan??

Kalamhati said...

hmm btul tu..apapun kita serah pada pihak berkuasa..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul..

Kita doakan yg terbai utk arwah2 dan family mereka...semoga mereka tabah..=(