Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, September 12, 2010

Konsep kejiranan lemah..Punca pecah rumah..

Konsep Kejiranan Lemah Punca Jenayah Pecah Rumah Di Musim Perayaan

KUALA LUMPUR: Konsep kejiranan yang lemah merupakan antara punca kejadian jenayah pecah rumah terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya pada hari itu, masyarakat Islam di ibu kota khasnya akan meninggalkan rumah untuk satu jangka masa yang agak panjang untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.

Oleh itu kecenderungan untuk berlaku jenayah seperti pecah rumah dan kehilangan kenderaan amat besar, demikian menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.

Katanya walaupun kegiatan pecah rumah terutama pada musim perayaan masih ada tetapi kegiatan mencuri kenderaan jarang berlaku kerana kepekaan oleh jiran-jiran tetangga.

"Seorang penyamun memerlukan dua atau tiga minit untuk memecahkan pintu kereta dan tempoh waktu itu jiran-jiran terdekat dan peka sempat untuk menahan penyamun tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata walaupun terdapat rondaan yang kerap semasa musim perayaan tetapi jika tiada keprihatinan jiran ia menyukarkan pihaknya untuk mendapatkan maklumat.

"Rondaan kerap dilakukan pada waktu siang dengan cara berjalan kaki, menaiki motosikal atau MPV dan jika berjalan kaki lebih memudahkan kerana pantauan yang teliti di dalam sesebuah rumah jelas dilihat," katanya.

Beliau berkata, selain keprihatinan jiran tetangga, wujudnya balai polis bergerak yang menjadi pusat operasi di kawasan-kawasan panas akan mengelakkan berlakunya sebarang jenayah.

"Pada musim perayaan, balai tersebut diletakkan secara kekal dan pihaknya akan memantau kenderaan yang keluar dan masuk terutama pada waktu malam dan sesiapa yang dilihat mencurigakan akan ditahan dan diperiksa," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua warga Kuala Lumpur yang ingin pulang ke kampung supaya jangan meninggalkan barang yang berharga di dalam kereta bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah. - BERNAMA

Ada benarnya..sekarangnya konsep kejiranan memang dah makin lama makin hilang..disebabkan kesibukan masing2 dengan kerja dan tugas harian..masa utk bertegur sapa dengan jiran pun dah takde..terkadang ada yang sampai tidak mengenali antara satu sama lain..tembok batu sebagai pagar rumah masing2 menjadi benteng kukuh yg menjarakkan lagi hubungan kejiranan ni..

Bukan semua cemtu..ku perhatikan masih ada yg mengamalkan konsep kejiranan tho tinggal di bandar2 besar..tho rumah masing2 kemain gah lg..semua ni sebenarnya terpulang pada kita sendiri..Jika kita faham konsep kejiranan yg Islam terapkan..nescaya kita akan lebih prihatin..cemana adab kita dengan jiran..semua tu ada diajar oleh Islam..

Google saja..pasti banyak ilmu yg kita dapat..insyaAllah..=)


Jika Allah sebut..maka kita tahu..bahawa itu sumting yg penting..yang tak bleh kita abaikan..Jadi sama2 kita semak diri kita..adakah kita dah ikut apa yg Islam suruh berkaitan dengan konsep kejiranan ni..

No comments: