Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, September 23, 2010

Setem Orang Asli?..

Ni bukan setem khas untuk orang asli atau orang asli je boleh beli setem ni..huhu
Ceghita sebenornye adalah Pos Malaysia Berhad akan keluarkan setem yang menampilkan gaya hidup Orang Asli bermula Isnin ni..Itu al-kisahnyee..

Antara berita yg ku petik dari mStar Online :

Setiausaha, Pengurusan Transformasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Noraini Mohd Salleh menunjukkan koleksi setem terbaru yang menampilkan gaya hidup Orang Asli. - Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad bakal mengeluarkan koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama yang julung kali menampilkan gaya hidup Orang Asli mulai Isnin ini.

Keluaran setem tersebut yang merupakan keluaran ke-12 tahun ini mengetengahkan keunikan budaya dan gaya hidup masyarakat orang asli daripada beberapa kumpulan etnik utama iaitu Proto-Melayu, Negrito dan Senoi.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, koleksi tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha untuk mempamerkan kepelbagaian kumpulan etnik Orang Asli yang tinggal di Malaysia serta menghargai budaya mereka.

"Orang Asli dilihat amat penting dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, Pos Malaysia Berhad mengambil inisiatif untuk memperkenalkan gaya hidup mereka bagi meningkatkan pengetahuan dalam dan luar negara," katanya pada sidang akhbar, Khamis.

Setem tersebut berukuran 35 milimeter (mm) x 35 mm dan dicetak sebanyak 20 keping pada setiap helaian pada kertas Tera Air SPM bersalut fosfor dengan denominasi 60 sen, 70 sen dan 80 sen sekeping.

Setem yang memperkenalkan etnik Proto-Melayu dijual pada harga 60 sen sekeping, manakala Negrito (70 sen sekeping) dan Senoi (80 sen sekeping). Sampul surat hari pertama dijual pada harga 30 sen manakala folder, RM5.50.


Nak baca selanjutnya..Jemputlah ke mStar Online ye..klik je kt link kat atas tu..

Jom beli setem!




4 comments:

Anonymous said...

usaha yg murni (: saya salah seorang keturunan asli generasi yg jauh.. semoga keturunan 'org darat' tak dilupai....

noreed said...

dulu rajin gak mengumpul Sampul Surat Hari Pertama. skrang ni dah kerja tak sempat dah.

Kalamhati said...

kiiterkitikitu:
ye ke?anda patut berbangga!=)


noreed:
hehe sama la kita..dulu masa skolah rendah siap ada album setem lg..sampul surat hari pertama tu biasanya cikgu skolah tolong belikan..

Ejen 010 said...

nak kena beli ni