Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, September 11, 2010

Pemasyhuran Sultan Kelantan esok?..

MB Kelantan Tidak Terima Surat Rasmi Istiadat Pemasyhuran

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini.

Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak.

"Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa Pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.

Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu.

"Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada Pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya. - BERNAMA


Tiada siapa yang berani mengulas kebenaran berita ini hatta Menteri Besar Kelantan sekalipun mahupun Pengelola Istana DiRaja..
Jadi..kena tunggu hari kejadian lah..sahih ke tidak..bab2 ni bukan boleh main hentam je..kang kena tulah kang..huhu

2 comments:

kelhome said...

bukan nik aziz tak berani nak ulas... beliau malas nak ambik tahu sebenarnya..dah banyak sgt cerita mereka

Kalamhati said...

tu la..lebih baik diam kot..lagipun ni hal istana..=)