Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, September 30, 2010

PANGGILAN HAJI TIBA LAGI..

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Antara lirik lagu Panggilan Haji nyanyian El-Suraya..Rasanya memang dah sebati dah lagu ni dengan kita kan..Tiba je musim haji..Berkumandanglah nasyid ni di tv dan corong radio..

Perjalanan mengabdikan diri kepada Yang Satu akan bermula lagi..Lebih kurang seminggu lagi..Penerbangan jemaah haji pertama akan berlepas ke Tanah Suci..Mereka insan terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ni..Tahniah kepada yang berjaya!

Kalau tak silap KT1-KT3 akan berlepas pada 9 Oktober ni..Selamat berangkat kepada semua jemaah haji..Semoga kalian diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana..dipermudahkan segala urusan..Dan selamat kembali ke tanah air..


Labbaikallahumma labbaik..labbaika laa syarika laka labbaik!!
Kami datang kepada Mu wahai Tuhanku!


2 comments:

DKosongLapan said...

kalo dapat pegi waktu mude2 ni lagi bagoih......

Kalamhati said...

ha'ah betul..jangan tunggu tua baru nak pegi..ada duit je trus register haji..=)