
Apa itu Malware?
Virus ni banyak sebenarnya tapi disebabkan baru-baru ni banyak blog dan website yang dijangkiti virus bernama Malware,jadi kat sini aku nak ulas la pasal virus ni dulu. Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.Malware berasal daripada 2 gabungan perkataan iaitu malicious yang membawa maksud niat jahat dan software yang bermaksud perisian.
Bagaimana Malware menyerang pc@laptop dan blog?
Laptop@pc:
Malware biasanya boleh memasuki laptop korang apabila korang download atau sedang melayari sesuatu website atau blog tanpa disedari.Something yang korang download tu mungkin terdapat satu script yang berbahaya kepada computer.Kenapa aku kata bahaya?Baca dekat bawah di bahagian kesan.
Blog:
Contoh paling senang.Kebelakangan ni ramai rakan-rakan blogger yang tak boleh masuk web gengblogger kerana terpapar satu tanda warning macam kat atas tu.Korang dah tahu kat situ ada Malware kan?Kalau korang ingat balik,mungkin dulu atau baru-baru ni korang mungkin ada tepek satu badge gengblogger kat sidebar blog,jadi disitu la datangnya Malware dan menyebabkan blog korang turut dijangkiti.Terus membaca untuk atasi.
1 comment:
saya kalau pasal malware ni dah setel dah..ni timbul plk masalah dengan theme yg saya guna sekrang..adoii nk kena tukar sbb selalu jer rosak..
hehe off topik sikit yer sis:)
Post a Comment