Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 29, 2010

Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan


Dari hari Khamis last week tak tentu arah rasanya dalam hati ni..Menunggu hari Rabu yg bertuah..Ada apa dengan hari Rabu smpi tak keruan gini?..Huhu ada pemantauan berpusat untuk program j-QAF dari Kementerian dan Jabatan Pelajaran ke sekolah2 di daerah Kuantan..Dan sekolah ku tersenarai antara 10 buah sekolah yang akan dipantau..Mau tak gelabah..

Balik2 je dari mengawas exam dapat "berita gumbira" ini..Makanya dari hari Jumaat smpi la semalam mengadap fail-fail utk dikemaskini mengikut kategori baru yg ditetapkan oleh pihak berwajib..Maka rombakan besar2an fail perlu dibuat utk menepati ISO..

Dan sebab itu jugalah blog ku ini ku tinggalkan sendirian..huhu..mud nak tengok blog pun dah terikat sama2 ngan dokumen dan data2 dlm fail..huhu

Malam tadi ku jenguk2 gak blog2 lain sambil tangan sebelah lagi duk membelek buku teks mencari2 idea utk buat bahan bantu ngaja..Nak tenangkan hati gak ekceli..Baca2 celoteh rakan2 blogger tenang sket..Sampai tido malam tadi pun termimpi kena observed..huu

Dan alhamdulillah..semuanya dah selesai..Allah permudahkan segalanya!!Thank you Allah!..Takde masalah yang timbul..dan komen yg diberikan semuanya membina..dan utk kebaikan bebudak..Pemantau tu datang hanya nak melihat secara overall outcomes setelah enam tahun program j-QAF dilaksanakan..

Mereka nak tengok whether murid2 tahun 6 yg bakal keluar dari sekolah rendah nnt sudah mampu utk baca Al-Quran dengan baik..Sudah boleh mengambil wudhuk dan solat dengan betul..dan mampu utk khatam Al-Quran atau tidak sebelum tamat darjah enam..

Alhamdulillah semua fail yg mereka nak tengok ada..cuma beberapa perkara perlu dikemaskini..sebab salah informasi saja..Nama fail tidak ditulis di luar..Kitorang labelkan kt dalam fail..yg lain2 ok..Data2 pencapaian murid kebanyaknnya lengkap..

So, utk sekolah ku ada seramai 25 orang dari 194 orang murid tahun 6 yg masih lagi tidak lepas Iqra'..So, yg ni lah mereka harapkan dari kami guru2 agar dapat "ganyang" dorang ni habis2an dalam masa 2 bulan sebelum sesi persekolahan 2010 tamat..Biar depa dapat tamatkan Iqra'..dapat baca sikit..Kenal huruf hijaiyyah pun takpelah..Kalu tak kesian depa bila naik sekolah menengah nnt..

Sebagai tindak ikut nya, kami akan berbincang dengan pihak sekolah utk mengadakan satu program intensif utk 25 murid bertuah ni..Sekurang2nya kami dapat membantu mereka hingga saat terakhir mereka di sekolah rendah..Bukan guru2 sekolah rendah tak ajar depa..seperti yg dikatakan oleh guru2 sekolah menengah bila mereka naik sekolah menengah nanti..

Kalau tak percaya..meh kita tukaq tempat sekejap..hehe..tapi betul..keciciran mereka tidak boleh diletakkan kesalahannya kepada guru semata2..Rata2 mereka yg lemah ni memang tak minat utk belajar kerana di rumah tidak disemaikan minat membaca dan belajar ni..

Mereka ni ada yg dah dihantar ke Kem Literasi Al-Quran..Dan dalam program tu mereka ni dah berjaya samapi ke Iqra' 3..tapi sangat menyedihkan..bila cuti panjang hujung tahun..Buka sesi persekolahan baru, bila suruh baca Iqra' 3..semua dah hilang..malah bila suruh baa Iqra' 1 balik pun dah tak kenal huruf dah..Menyedihkan..

Jadi, siapa harus dipersalahkan?..Cikgu2 kena jaga amanah..pegang tanggungjawab sepenuh hati..dan yang paling penting ibu bapa juga perlu bekerjasama mendidik anak2 dgn cara hidup Islam..jaga solat anak2..itu yg utama..Sebaba solat itulah pendinding mereka..yang menjinakkan hati mereka..Sumber rezeki yg nak diberik kepada anak2 juga perlu bersih sumbernya..Jika tidak, apa2 ajaran pun susah nak masuk dalam hati mereka..

InsyaAllah, usaha yg berterusan akan dibuat bagi memastikan anak2 ni celik Al-Quran dan boleh solat dengan baik..


No comments: