Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, September 11, 2010

Aidilfitri berdarah..

21 Kematian Pada Hari Kelapan Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Sebelas penunggang dan pembonceng motosikal adalah antara 21 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada hari kelapan Ops Sikap Ke-22 semalam.

Jurucakap Ops Sikap Polis Diraja Malaysia berkata jumlah itu melonjakkan angka korban jalan raya kepada 139 orang sejak Ops Sikap bermula pada 4 September lepas.

"Sepuluh lagi yang maut semalam ialah pengguna kereta iaitu lima pemandu dan lima penumpang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya sebanyak 1,001 kemalangan dilapor berlaku semalam iaitu 408 di jalan persekutuan, 255 di jalan bandaran, 184 jalan negeri, 99 di lebuh raya dan 55 lagi di lain-lain jalan.

Sebanyak 4,907 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. - BERNAMA

------------------------------------
Yang pasti sepanjang pengamatanku..masih ramai lagi yg memandu dgn bahaya..ikut sedap gigi je laju..ngat orang hairan dan terpegun ngat ke tgk dia bawak laju..Masa balik kampung aritu..kebanyakan kejadian eksiden yg ku terserempak tu..terbabas sendiri sebab laju ngat..jalan licin..tp nak gak bawak laju..tau la tak sabar nak balik kampung..tapi beringatlah..nak cepat seminit..seumur hidup merana..

Jangan jadikan kepulangan kita..di sambut dengan tangisan oleh ahli keluarga..buat yang ingin memulakan perjalanan ke kampung halaman atau yg dah nak balik ke ibukota esok hari berhati2 di jalanraya..biar lambat asal selamat..

Pesanan dari penaja tak bertauliah..hehe

No comments: