Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, July 28, 2010

Terapi minda?


Sebenarnya banyak teknik dan kaedah serta teori tentang terapi minda ni..Mengikut sepanjang pembacaan ku..Dari laman2 sesawang pakar motivasi barat mahupun dari alim ulama kita sendiri..Banyak yang bersesuaian dan boleh diterima pakai..Contohnya bunyi2an alam atau lagu2 tertentu boleh digunakan untuk mengatasi tekanan..Ada dinyatakan bahawa bunyi air terjun boleh menenangkan hati dan minda yang tengah bersedih atau penawar paling mujarab untuk mengurangkan penderitaan kanser..Jadi disarankan di dalam rumah pesakit kanser mempunyai kolam atau air terjun kecil yg mengalir atau akuarium ikan, ini sangat membantu pesakit untuk sembuh cepat..Dan mcm2 lagi teori yang sememangnya berjaya diamalkan di barat dan diamalkan juga oleh masyarakat kita yang prihatin kepada kesihatan diri..

Namun, penawar paling mujarab untuk kita yg bergelar muslim adalah Al-Quran..Irama yang kita alunkan ataupun alunan lagu bacaan Al-Quran yang mengasyikkan itu juga merupakan terapi terbak utk minda dan jiwa kita..Yang dapat membuat hati kita tenang setenang2nya..

Taknak baca sendiri dan hayati maksud kalam Allah itu, pasangkan sahaja bacaan dari CD atau kaset dr Imam2 dan Qari2 yang banyak di pasaran..Tukarkan irama lagu dr radio tempatan kepada bacaan Al-Quran sewaktu memandu balik dr kerja..Pasti hati anda akan tenang..Letih anda akan hilang..Benar..Cubalah..lima belas minit ke setengah jam shj..InsyaAllah ada perubahannya..

Di bawah ni ku kongsikan sedikit ilmu yang sangat berguna..Yang ku rasa perlu ku kongsikan dan sampaikan..Agar sama2 dapat manfaat..Tak banyak, sedikit pun cukuplah sebagai santapan minda..Takdelah berkarat minda kita sbb lama tak membaca..=)

------------------------------------------------------------


Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok atau perkara dilarang. Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga mahu membunuh diri.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah.

Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Seperti ketentuan Allah, setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan :

  • Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

  • Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

  • Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

  • Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

  • Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)


(Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com)..Syukran jaziilan!

2 comments:

norgee said...

huhu...skrg ni tengah dilanda perasaan bersalah sbb kerja menimbun tp malas nak buat...jugak rasa tension sbb kena siapkan kerja yang ku tak berapa suka nak buat...saat2 macam ni laa..kita nakkan perhatian, pertolongan dari seseorang..dan hakikatnya hanya Allah yang mampu menolong kita...cuma...mengapa masih malas utk mendekatkan diri denganNYa? huhu...

Kalamhati said...

hmm btul tu gee..adakalanya sukar nak lawan perasaan tu..sebagai manusia..nak2 lg bila buat benda yg tak berapa kita minat..

hmm itu yang masih jd masalah kita..kdg2 bila kita baca apa2 motivasi atau tazkirah, hati cem bersemangat..terasa ingn selalu dekat dgnNya..tetapi kdg2 diri kita masih malas..masih liat nk bertemuNya lama2..huhu