Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, July 21, 2010

Jom cuba!



Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

*Lama dah teringin cuba masak sendiri mee hailam..dah jumpa resepi..
soo kena cuba ni
If nak mencuba pelbagai lagi resepi best..Bleh jenguk sini Hanieliza..Kak liza kita ni memang expert bab masak2 ni..hehe

Selamat mencuba!

No comments: