Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 17, 2009

Naper ek?..

Ni nak citer senario cikgu lagi..hehe jangan maghoh yer..Kali ni ku nak kuarkan persoalan tentang sikap dan peribadi seorang pendidik..Kerjaya yang dikategorikan sebagai profesional..Naper profesional?Kat mano yg propesenel nye tu?Rujuk la kamus!Hahaha..

Ok2..sesuatu kerjaya itu dianggap profesional bila perlu mendapat lesen ikhtisas..Guru perlu mendapat sijil perguruan sebelum dilantik secara sah sebagai pendidik..Sama seperti arkitek, lawyer, akauntan, doktor dan sebagainya..

Baru-baru ni orang2 terdekat ku selalu mengadu tentang sikap dan peribadi yang ditunjukkan oleh guru2 pelatih..diulang 'PELATIH' yang tinggal berjiran..Belum dilantik ke jawatan guru tetap lagi tu tapi sudah membuka pekung di dada sendiri..mempamerkan sikap yang agak memalukan..sikap yang tak sepatutnya ada bagi insan yang bakal menjadi pendidik kepada anak-anak bangsa..Yang sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada mereka..Yang akan mengajar mereka nilai2 hidup yang murni..yang terpuji..yang diredhai Allah..

Namun, mampukah?Berhasilkah?Jika diri sendiri bersikap pentingkan diri..Tidak hormat jiran..Pengotor..Sampah bersepah di luar rumah berhari2..

Jika cikgu seorang yg pengotor..layak ke suruh n nasihat murid jaga kebersihan?
Jika cikgu bersikap kurang ajar..layak ke suruh murid beradab?
Jika cikgu seorang yang tidak menepati masa..layak ke nak denda murid yang lewat ke sekolah?
Jika cikgu seorang yang pemalas..layak ke nak suruh murid rajin belajar?
Jika cikgu merokok..layak ke nak melarang murid jangan merokok?

Mereka mencontohi kita.."Bapak borek anak rintik"..Jadi kenapa nak berang bila murid tak endahkan nasihat kita kan..ADA SEBABNYA..

Apa yang kita nak mereka ikut dan contohi dari kita?
Akhlak kita?
Perangai kita?
Budaya pengotor kita?
Budaya malas kita?
Budaya tidak menepati masa kita?
Budaya curi tulang kita?
Budaya merokok kita?
Budaya kerja sambil lewa kita?
Budaya kurang menghormati masyarakat sekeliling kita?

Jika budaya2 dan sikap2 ini masih teguh dalam diri..

Usah melenting bila mereka tidak endahkan kita..
Usah hairan kenapa mereka sukar untuk dibentuk..
Usah bingung bila mereka tidak hormatkan kita..
Usah bengang bila disiplin mereka makin teruk..

Renung balik dalam diri..Apa yang kita mahu..Apa tujuan kita menjadi pendidik..Apa yang perlu ada dalam diri kita..Sudah bersediakah kita..Layak kah kita..Sudah cukupkah ilmu kita..Elokkah budi pekerti kita..Kerana semua itu diambil kira oleh Allah..Semua itu bakal menjadi modal untuk kita hasilkan produk yang macamana nnt..Produk yang lebih baik?..yang sama sifatnya mcm kita?.. atau produk yang jauh lebih rendah kualitinya dari kita?..Mana yang kita nak...

Ekceli sedih bila ramai guru2 pelatih di kritik..Tapi ada betul nya juga..Puncanya adalah sikap sendiri..Ramai yang sambil lewa..Ada yang bagus..memang bagus sgt..Komited dalam tugas..Awal2 lagi dah mula tunjuk keikhlasan menjalankan tugas..Ada jugak yang bila tiba time praktikal mengajar baru bersungguh..Then bila dah posting..kembali ke takuk lama..Bila diminta untuk menyumbang tenaga pada sekolah ada saja alasan..tapi bila pihak sekolah silap sket je, trus melenting..

Kita ni guru..kalau kita akuntan ke..arkitek ke..lawyer ke..pegawai bank ke..kontraktor ke takpe..orang takkan timbulkan isu..tapi sebab kita membawa label 'GURU'..orang yang mendidik berjuta generasi..bukan seribu dua klien kita..Bukan juga seratus ribu..Perkataan keramat tu (GURU) yang membezakan kita dari semua orang..smpi pencen pun org akan panggil cikgu..Sbb tulah dugaannya pun besar..bebanan yang terpikul di bahu sangat berat..tapi akan jadi ringan bila semuanya mengikut apa yang telah digarapkan disertai komitmen dan keperibadian yang tinggi dari dalam diri kita..

Barulah orang akan tabik pada kita..Tho kita guru baru atau guru pelatih sekalipun..Manusia itu memang tidak sempurna..Tapi yang tak elok boleh diperbaiki sedikit demi sedikit..Sebab itu Allah sentiasa suruh kita berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan dengan penuh kesabaran...Pasti besar hikmahnya..Wallahu a'lam..

2 comments:

saya nn said...

beravo ciku!!! beravo!!

Kalamhati said...

hehe..