Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 16, 2009

Cinta Kerana Allah?..Betul ker?


**Klik pada gambar utk view yg lebih jelas

Jumpa kartun ni kat blog cetusan minda..Sekadar nak berkongsi sumting yg dikira bermanfaat..Yang mungkin selama ni kita anggap sesuatu yang biasa..Yang semua orang bila usia dah menjangkau 17 tahun..perlu ada sumone special lem hidup dia..

Komen yg ku utarakan ni hanya berdasarkan pengalaman sendiri..Bila tengok kartun ni, terasa sangat kebenarannya..Bila cinta tidak disertai dengan keimanan..Allah tidak akan redha dengan cinta yang terjalin itu..Pengakhirannya pasti perpisahan dan kedukaan..

Tho ada bercinta dari bangku sekolah berjaya smpi ke jinjang pelamin..Alhamdulillah bagi yang berjaya..Tapi mengikut pengalaman ku sendiri..tengok kawan-kawan yang bercinta bagai nak rak kt kampus dulu..Berapa kerat je yang sempat smpi ke jinjang pelamin..Selebihnya bila grad..tup2 kawinnya dengan orang len tho dah ke hulu ke hilir berkepit taim study..

Ku tak nafikan..ku dulu pun pernah dating..Mak ayah tau lagi tu..Siap mak lak yang nasihatkan jangan selalu gaduh..Keluar tengok wayang tho tak selalu..Sekadar nak menjaga hati pasangan..Tak pernah cakap ngan lelaki berdua-duaan..Bila dah couple asik kena jumpa sorang2..Nape ye orang lelaki ni bila couple je taknak orang lain ada..taknak kita bawak kawan..Nak berdua manjang..Dah kata bukan wat pe2 pun..pe salahnya kuar ramai2..ku lagi suka..Slalu dulu ku angkut geng ku sekali..Tapi bleh nampak air muka yang tak besh ditunjuk kan..Air muka tak ceria (Syaitan duk bisik pe tah kan)..

Sekarang ni, bila ku fikir2..Maybe Allah nak tunjuk sumting..Cinta tho mendapat restu orang tua tapi jika tidak disertakan dengan keimanan yang kukuh..Adalah sia-sia..Banyak benda yang kita rasa baik tapi sebenarnya Allah murka..Cuba bayangkan..bila keluar dating..tengok wayang..kuar2 panggung terkejar2 nak solat..solat di akhir waktu..

Alaaa dosa sket2 tu boleh mintak ampun la..Allah tu kan Maha Pengampun..Kaaalau ingat nak mintak ampun ngan Allah..

Alaaa (lagi)..Kitorang kawin gak at last..memang jodoh kitorang puuun..memang btol la kami mmg dipertemukan untuk bersama..Tak kisah la perangai kitorang nakal sket masa couple..Nanti dah kawin..dah ada anak..kami akan didik anak2 kami elok2..Hehehe penah dengar tak?What you did you get back?Generasi itulah yang akan menyambung warisan darah yang mengalir dalam diri dia..Bahkan maybe lebih advance lagi dari kita kot..Nauzubillah..Cabaran dunia akhir zaman maha berat..bukan macam zaman kita..zaman yakju' dan makju' bakal tiba..

Sebab itu lahir generasi yang susah nak dibentuk..yang cakap sket menjawabnya banyak..Yang ask rasa diri betul..yang hilang rasa hormat pada orang tua..Yang keras hatinya..Tho perangai baik tapi solat liat..dan macam2 lagi penyakit hati yang kita tak sedar itu adalah hasil dari perbuatan kita yg lalu..

Konklusinya, kenapa takut tidak bertemu jodoh?Jodoh kita ditangan manusia ke?If kita rancang sebaik mana pun jika Dia tidak izinkan pasti tidak akan berlakunya ikatan perkahwinan itu.."Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik"..Yakin dengan ketentuan Nya..

Cinta Hanya kepada Allah..Serah segala cinta padaNya..Nescaya akan dikurniakan cinta yang tulus suci untuk hambaNya yang berserah..Maybe ada orang setuju dengan pendapat ni..Dan maybe ramai juga yang tak dapat terima..Tak kenal maka tak cinta..Nak kahwin kena kenal..Mana bleh kahwin dulu baru kenal..Hey kawan!..Jujur nya seseorang itu bukan bergantung pada lamanya kita kenal dia..tp soal hati..soal iman..Dan iman itu tidak dapat diwarisi..Dijual beli..

Renung-renungkan..Moga mendapat manfaat..

2 comments:

fifa said...

berkebtulan kak ti crite psl cinta ni. sy nk mintak tlg sket bleh ke..? bila2 free la neh..

sy duk kaji dua ayat dari surah annur ni...

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (32)

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (33)

sy confuse bab miskin kaya tuh. bleh x kak ti jelaskan...maksudnya apa ye..?

sy takut tersalah interpret :)

syukran!

Kalamhati said...

nnt kak ti cuba diskas ngan member2 yg lebih tahu k..miskin tu rujuk pada harta..means if org tu baik dab beriman serta berilmu tp dia miskin..Allah janjikan rezeki yg melimpah bila kahwin nnt..

Sbb harta bukan syarat utk kita lihat dr org tu kerana ilmu dan kemampuan kita untuk berusaha lebih Allah tgk..nnt kak ti explen lg k..

nak dptkan jawapan yg roojih..dulu..=)