Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Berjaya..UPSR 2009



Peperiksaan UPSR berlangsung hari ini 8 Sept hingga 10 Sept 2009..Didoakan semoga murid-murid SK Jaya Gading dan semua murid Tahun 6 seluruh Malaysia dikurniakan Allah kejayaan yang cemerlang..Tambah berkat lagi peperiksaan berlangsung di bulan Ramadhan ni..InsyaAllah..

Ku berpeluang merasa pengalaman menjadi Pengawas Peperiksaan tahun ni di SK Sultan Abdullah..So bermula hari ni hingga Khamis waktu dan tempat kerja berubah kejap..Seawal 6.45 dah kena keluar dari rumah untuk mengelakkan kesesakan di bandar..Dan untuk pastikan ku sampai ke pusat peperiksaan sebelum jam 7.30 pagi..

Berat juga tanggungjawab menjadi pengawas ni ye..amanah perlu dijaga sebaiknya..Perlu bekerjasama dan sentiasa ingat mengingatkan bagi memastikan segalanya berjalan seperti yang ditetapkan dari awal sebelum calon masuk hinggalah selesai peperiksaan. Satu pengalaman yang mahal..

All the best!Ma'attaufiq wan najah..Amin

No comments: