Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, September 8, 2009

La Tahzan..(Jangan Bersedih)


Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi(mu)
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya

Membuahkan bahagia

Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah

Menerima Segala-galanya dengan redha..
(potongan lirik lagu 'Jangan Bersedih Lagi'-Anuar Zain)


Ku bukan jiwang ni..saja amik lagu ni..sbb ayat dia sesuai..Semua orang penah rasa sedih..rasa sakit kerana disakiti atau kerana diabaikan hatinya..ada orang tegar membuat orang sedih..tegar merobek hati orang lain..Tetapi bila hati sendiri dilukai..baru tahu cemana rasa sedih..cemana rasa bila diabaikan..

Manusia datang dan pergi dalam hidup kita silih berganti..itu lumrah hidup..Namun, jika perginya kerana sebuah suratan..untuk sebuah kehidupan yang lebih baik..itu tidak begitu meralatkan kita..Tapi,jika perginya tanpa sebarang pesan..begitu sahaja hilangnya persis debu yg berterbangan di udara..tanpa sebarang alasan..tanpa sebarang sebab dan musabab..apakah hati bisa merelakan..bisa tenang..bisa gembira bila terkenang?

Jangan jadi manusia yang pentingkan diri..yang hanya fikir hati sendiri..kerana tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya..teman2nya..seperti dia mengasihani dirinya sendiri..Ingatlah wahai teman..Apa saja yang kita lakukan pada orang lain..akan diperhitungkan oleh Allah..What u did you will get it back..Tak sekarang..esok..lusa..atau di akhirat nnt..

Wal'iyazubillah..

No comments: