Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, February 9, 2009

Al-Fatihah..

Murid dikhuatiri lemas semasa berkelah bersama keluarga

KUANTAN: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, di sini dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Pantai Sepat kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Mangsa, Mohd Afid Aiman, 10, dari Lorong Selamat, Jaya Gading, di sini tiba di pantai berkenaan untuk berkelah bersama enam anggota keluarganya kira-kira jam 3.30 petang.

Bapa mangsa, Mohd Fauzi Mahmod, 44, berkata, sebaik tiba di tempat kejadian beliau dan isteri, Siti Noraini Mamat, 33, serta anak bongsu, Mohd Afzan Akmal, 6, berkelah kira-kira 10 meter daripada pantai.

Katanya, mangsa yang juga anak keduanya itu meminta izin untuk bermain air bersama abang sulung, Mohd Afandi Azhar, 14, dan adiknya, Siti Noraishah,8.

"Saya dan isteri (Siti Noraini Mamat) benarkan mereka bermain air dan mandi kerana ketika kejadian saya dapati laut tidak bergelora dan ombak juga tidak kuat.

"Tiba-tiba saya nampak anak sulung saya (Mohd Afandi) menarik tangan Siti Noraishah yang terkapai-kapai dan tenggelam timbul tetapi kelibat Mohd Afid tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.20 petang.

Katanya, seramai 45 anggota termasuk jabatan itu, polis marin, JPA, Askar Wataniah menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai hilang kerana ditarik ombak besar.

Beliau berkata, setakat jam 7 malam, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari terpaksa dihentikan dan akan disambung semula esok.

Sumber: Berita Minggu.


Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun..Terkejut sangat bila sampai je kt skolah pagi tadi, ku dikejutkan dengan kematian adik Afid..Baru hari Sabtu lepas ku tengok dia waktu Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah..Dia dapat nombor 8..Seronok betul dia..Dia bgtau time ku tegur dia yg tak sia-sia dia datang..dpt gak nombor kayanya..Hmm sesungguhnya sekelip mata sahaja Allah menjemput dia kembali ke sisiNya..Dia tak banyak cakap dalam kelas..asyik senyum je..bila ku masuk kelas 4R pagi td..suasana agak muram..kawan-kawan dia masih terkejut dan sedih...jadi ku ngajar jap je..selebihnya ku amik masa bagi suntikan semangat sikit kt dorang..ternyata muka2 yg mulanya suram kembali bercahaya dan bersemangat..dorang nak jadi hamba Allah yg baik..anak yg baik..kawan yg baik..insyaAllah mudah2an..

berbalik kepada cerita Afid td, mengikut cerita yg kudengar selepas habis merentas desa, dia terus bergegas pulang ke rumah dan mengajak famili dia pergi berkelah dengan alasan sbb dia dapat nombor 8 dalam merentas desa..Mak ayah keberatan nak pergi mandi laut dan pujuk dia supaya pergi ke air terjun Panching je tapi dia berkeras nak pergi mandi pantai..Hmm org kata bila dh sampai ajal gitu lah..Dia macam dah tak sabar2..Dah tahu dah dia akan dijemput balik ke pangkuan penciptaNya..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Perjalanan hidup dia terhenti di usia 10 tahun..Usia yg orang kata belum lagi boleh diambil kira dosanya..Urusan dunianya telah selesai..Hanya menanti tibanya hari dibangkitkan..Dan dimasukkan ke syurga Allah..Namun, kita yang masih tinggal ni perlu meneruskan kembara dunia yang entah bila akan tamat..Mungkin esok..mungkin lusa..segalanya mungkin..hanya Dia Yang Mengetahui..Bila sampai ajal kita..Takkan tertangguh..takkan cepat takkan lambat walau seminit pun..Yang perlu kita buat hanyalah bersedia secukupnya..Bekalan untuk kita di hari pembalasan kelak..Bersediakah kita?

No comments: