Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, October 14, 2012

Bila mereka dah pandai..

Salam 'alaikum..

Bila jadi cikgu ni, banyak ilmu yang KH dapat secara tak langsung. Through pemerhatian, pengalaman mahupun hal2 yang melibatkan anak2 murid mahupun rakan sekerja.

Nak kongsi cerita yang mungkin juga boleh jadi peringatan untuk sesiapa saja yang bergelar mak dan ayah yang ada anak yang sedang membesar. Yang baru kenal dunia..

Minggu lepas rasa nak tercabut jantung bila rakan setugas dapat tangkap seorang murid yang bawak keratan gamba2 model yang naked dan gambar2 posisi sexual intercourse. Bila siasat2 rupanya satu kelas dah dia sebarkan gambar tu. Urut dada je cikgu2 yang ada anak dalam kelas yang sama..

Bayangkan apa perasan kami guru2 bila anak kecil yang baru berumur 8 tahun dah pandai tengok gamba2 gitu. Disebabkan kejahilan ahli keluarga masing2. Biasanya yang jadi macam ni, budak2 yg ada abang remaja kat rumah. Dan abang tu pulak memang tahap 'bengong' (sori ayat geram) sesuka hati bongok lagi buduh dia simpan magazine tak senonoh kat rumah.

Dan adik yang baru nak kenal dunia ni sudah tercemar mindanya kerana insan2 yang tak bertanggungjawab. Bila cakap anak bo*oh dan beng*p kang marah. Bila cikgu rotan or marah anak, datang mengamuk di sekolah. Tapi silap sendiri tak sedar. Cemana tak gelap hati kalau kepala otak anak2 awal2 lagi dah dijamu dan disumbat dengan benda2 yg mencalit hitam kat hati mereka.

Ada yang mengaku pernah tengok vcd tak senonoh. Bila tanya tengok dengan sapa, jangan terkejut kalau ada yang jawab "tengok satu family"!! Memang rasa nak lempang je mak ayah yang 'tersangat cerdik' ini (macam beraniii..)

Dua buah sekolah diriku berkhidmat, dua2 ada kes macam ni. Sekolah lain? Tak mustahil kan? Lagi2 zaman teknologi yang begitu canggih manggissss ini. Dunia tanpa sempadan lah kununnya.. What do u expect from our next generation?? Cemerlang ICT dan hebat mengendalikan gajet2?

Perkenalkanlah mak nenek segala silibus agama seperti j-QAF ke apa saja. Kalau kat rumah mak bapak tak suruh anak solat, puasa, mengaji Al-Quran. Jangan harap hati mereka akan terdidik dengan baik. Buatlah 10 kali Kem Bestari Solat sekalipun, kalau lepas habis kem solat, anak2 tak dididik solat di rumah, datang sekolah suruh buat amali solat memang hancusss!!

Hmmmpphh.. (rasa macam ada batu tersekat kat dada ni).. Pincangnya institusi rumahtangga. Apa guna lahirkan 10 orang anak, kalau sorang pun kosong jiwanya. Apa perasaan cikgu bila anak murid dah darjah 5 tapi mak ayah tak hantar belajar mengaji. Harapkan sekolah sahaja tak cukup rasanya. Nak2 kalau anak2 yg lemah nak membaca. End up, bila naik sekolah menengah anak dah malu nak ngaji. Then, sampai ke tua tak reti ngaji dan solat.

Haihh.. memang cikgu pandai bebel je..tak faham keadaan ekonomi keluarga kami yang daif ni. Dah tuuu..nak suruh selamanya keluarga daif macam tu keee.. takde usaha? tulang empat kerat Allah bagi tuu buat apa? Sila jawab sendiri..

Tahniah buat parents yang tengah baca entry ni yang mmg pentingkan ilmu agama anak2. Yang selalu ajar anak2 solat dan ibadah2 lain. Yang selalu berjemaah dengan family. Yang ajar anak mengaji atau hantar anak belajar Al-Quran. Biar susah sekarang, asal kemudian hari hati kita sejuk dan tenang, macam duk dalam bilik hekon..huhu

Ujian mendidik anak2 pada zaman ICT ni memang cukup hebat ujiannya. Hebat dan gah pembangunan teknologi, maka ujian dan cabarannya juga akan turut hebat dan gah.. Terpulang kepada cemana kita nak hadapinya.

**Err entry emosenel sikit.. bukan maraaaahh. Ingat mengingatkan aje. Sebab sokmo rasa sedih bila tengok anak2 yang terbiar tanpa didikan dan asuhan yang sepatutnya dari parents.. Yang terdidik baik di rumah pun, boleh terpengaruh bila gi sekolah. Inikan pula yang kosong je jiwanya. Nak rasa cemana perasaan KH? Meh kita tukar keje jap..hihihihi ampunnn

Wassalam..

3 comments:

Unknown said...

alahai siannye la

kite y kene menggerakkan diorng kan kak?

Hanis MY said...

Ya allah kejjutnyo baco, kecik lg tgk bendo2 tok molek. tok seko gitumo loni dih, mok ayoh kena la pantau anok2 tu huhu...

IMANSHAH said...

macam2 sekarng