Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, September 30, 2011

Nananananaaa..Ganu Kiter

Tengah kemas barang2 dalam beg.. Esok KH akan ke Ganu. Ikutkan hati malas rasanya nak menjoinkan diri ikut rombongan sekolah ke negeri penyu ttelor( baca bersabdu ye t tu..hehe) ni.. Tapi memandangkan tak ramai yang pegi, so KH tolong meramaikan la.

Taknak pegi tu bukannya apa..Sebab tempat yang nak pegi ni dah 3 kali dah KH pegi. So, rasa macam boring sikit la kan..huhu

Sebenarnya ikut plan asal, lawatan benchmark ni before puasa hari tu lagi. Tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan lawatan tu ditunda. Bayangkan la, hotel dah booked.. Sponser makan pun dah confirmed!Tup2 ada pihak yang kami nak berkunjung ke tempat depa tu tak sudi terima kami..huhu sedih2. 

Kalau dari awal bagitau taknak kan bagus. Ni tak, bila buat follow up macam takde masalah je. Mujur 3 hari before nak pegi tu, GPK HEM sekolah call lagi untuk confirmkan kedatangan kami. Tup2 pentadbir menjawab dengan nada yang tak berapa sedap nak dengar.

Pertama, depa duk sebut yang depa tengah bizi dengan persiapan exam.. Dan yang paling menguciwakan bila depa mention pasal depa tak sediakan makanan. Kalau nak makan jugak atas belanja sendiri. Depa cuma boleh tolong tempahkan je..huhu kami pegi bukan nak makan, kami nak pegi buat lawatan benchmark je.. nak belajar something yang boleh dijadikan contoh untuk improvekan mana yang kurang kat sekolah dari segi pentadbiran mahupun P&P. tu je..

Maka, dengan serta merta pihak pentadbir sekolah KH postponekan pemergian kitorang hari tu. Jadi, lawatan esok hanya sekadar lawatan mencuci mata ke tempat2 menarik di ganu kerana hotel telah dibooked dan tak dapat dibatalkan dah kerana semua payment settled! 

Esok rasanya sorang boleh duduk dua seat dalam bas tu..hehe lepak abis la ataih bas esok. KH takde nak soping sangat kot. Just nak cari kain batik barang sepasang dan kepok lekor je la kot..hehe jangan la nanti kelabu mata lak nengok barang2 lain..huhu tak baik membazirkan..hehe

17 comments:

whitecappuccino said...

Welcome to Ganu! Ciknor gi Pasar payang dulu kunun tak nak beli apa2, tu dia..4 pasang kain batik digital dibawa balik..

Kalamhati said...

>>Ciknor:
hehe tu la..hrp2nya takdok la kelabu mata sgt nnt..hik takutnyo oyak jah nok beli sepasang..tgk2 2 3 pasang angkut..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

akak..adik nk satar kak...dan lemang kijal kedai nmbr 14..huhu

Kalamhati said...

>>LM:
kedai no 14 ye dik..kena pi cari nih..warrgghh sedapnya satar!mesti cari punya!hehe

NasZ said...

salam kenal..dah follow awak.

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

❤ eyeme ❤ said...

ole2 utk saya jgn lupa...buy 1 for me,free one for puteri pisces..hehehe..tshir yg sama ke..saiz je berbeda gitew..hehe

Sunah Sakura said...

alahai..nape la gitu kan..takpe, akak jangan lupa souvenir untuk saya tau!

Kalamhati said...

>>NasZ:
Salam kenal NasZ..
Dah terjah blog awk td..=)

Kalamhati said...

>>eyeme:
kamu mmg tak bleh tgh duwet saya senang..haha

Kalamhati said...

>>Sunah:
untukmu..dgn taman tamadun Islam tu sekali akak bawak balik..hihii..beres2!

WanFadhilah said...

selamat datang ke tganu... tuk kali yang ke-4? hehe

KaK LimAh Si SupiR said...

smpai ati depa T_T

Kalamhati said...

>>wan:
hehe mekasih wan..dah byk kali dah masuk ganu..time balik klate mmg kena lalu ganu kan..hehe

Kalamhati said...

>>Kak Limah:
huhu tu la pasal..takpe la..kita kena hormat tuan umah..=)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mana satar adik kak?haha..dtg tuntut satar.akak tau tak?lemang kak lina tu plg sedap pd adik tau.selalunya adik ckp takmo yg berkerak.nyum3

Hidayati said...

Wah seronoknya. Kalau akak tu dah gatal tangan ni nak shopping. Uhu.

Mila@Rimbun said...

kelopok lekor tuh post kat sini skit yerr