Lintas langsung di TV9..ketibaan keranda jenazah jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu.
Keranda Allahyarham baru saja dikeluarkan dari pesawat TUDM di Pangkalan Udara Subang untuk dibawa ke Masjid TUDM dan diuruskan dan dikafankan dengan lebih sempurna sebelum disembahyangkan.
Wartawan TV3 sedang menemuramah rakan wartawan iaitu Saudara Aji Saregar Mazlan tentang pengalaman beliau menyaksikan kejadian tersebut.
Misi tersebut membawa seramai 55 orang sukarelawan tetapi mereka kembali dengan 54 orang dan satu keranda. Hmm amat menyedihkan. Jumaat yang penuh berkat, Allahyarham dijemput Allah untuk kembali ke sisi-Nya.
Pujian harus diberikan kepada mereka yang menyertai misi tersebut. Nyawa jadi taruhan semata-mata untuk menjayakan misi bantuan di Somalia.
Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul..takziah buat keluarga wira negara ini, semoga merela semua tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguh setiap yang hidup pasti akan menemui mati walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.
4 comments:
al-fatihah buat allahyarham
Al Fatihah...
Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga arwah..
Al-Fatihah...sedih nye T_T
Post a Comment