1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sumber: Google (Lupa dah kat mana ambik..huhu if tak silap dari Halaqah.net)
KH: Banyak situation dan kumpulan manusia yang kita jumpa, yang dapat memberi iktibar kepada kita jika kita berfikir dan buka minda kita. Betullah, Allah pesan supaya kita "IQRA'"..Membaca dan mencari ilmu agar kita tahu segala rahsia kejadian alam dan isinya, yang sesungguhnya tidak ada sesuatu yang Allah jadikan itu sia-siakan..Bahkan untuk kita tadabbur dan ambil iktibar. Seterusnya, mendekatkan diri kita selangkah demi selangkah kepada DIA.. Subhanallah!Astahgfirullah..
7 comments:
Salam Cikgu,
Betul-betul...memang bernas dan tinggi nilai kata2 alim ulamak ni. Mana nak cari buleh berfikir macam ni. Tima kasih berkongsi.
cantiknya kata-kata di atas itu... terima kasih atas perkongsian ini, salam kenal dari Kak Amie.
kata hukamak.. mengajar akhlak :) kena hayati ni.byk yg selalu jaja terleka dan terlepas pandang
alhamdulillah...
terima kasik kak KH untuk perkongsian ni...
alhamdulillah..terima kasih akak sayang.perkongsian yg baik dan menarik.
akak..sayang akak ketat2.dr pg semalam adik duk kunyah anggur dan bijinya..sampai terselit2 kat gigi.walau selama ni tak suka anggur berbiji demi nak usaha baikkan ulser adik sukakan juga.akhirnya dgn izin Allah,dia pertemukan kita sbgi sahabat dan akak bg tips tu mmg berhasil.sayang akak.dah tggl 20% je sakitnya.sayanggggggggggg akak
begitu mendalam sekali maksudnya...betapa kita disuruh berbuat kebaikan dan jgn sesekali berburuk sangka...
sentiasa menhargai dan menghormati orang lain tak kira golongan apa..
Post a Comment