Sekadar perkongsian bersama...Semoga hidup kita bertambah keberkatan dan diampunkan segala dosa kita..amin
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Sumber: halaqah.net
Selamat berpuasa kepada yang akan berpuasa esok. Sama-sama kita perbanyakkan ibadat dan taubat kita agar permulaan buku amalan kita tertulis ganjaran pahala yang melimpah ruah dari Allah..insyaAllah. Ibadat kita tak terikat kepada yg kat atas je. Banyak cara utk kita mendekatkan diri kepada Allah. Terpulang kepada masing-masing.
17 comments:
thanks kakwan
hehe bru smpat bls komen tdi.. hom la.. ore kelate la nie hehehe...
timo kasih la share.. :D
kak ngaja mano?
dekat dah nak poso..dok kelik sambut poso??
thanx akak atas info ini.minta share sikit yer....
info sgt menarik..tq share akak..baru sempat tgk sini..
terima kasih kerana memberi info yg bermakna ini.
>>Lela:
sama2 Lela..tq gak sbb share pasal kelebihan nisfu Syaaban tu..=)
>>Niena:
hehe ambo baru tau demo oghe klate..
akak ngaja di kuantan..
>>Imanshah:
ajat nok kelik jugok..demo tok kelik ko?
>>Cik Eka:
sama2 Eka..amik je eka..sama2 kita sebarkan ilmu yg bermanfaat..=)
>>Izan:
sama2 izan!..hepi tgk izan dah kembali..=)
>>teratai:
sama2..kita manfaatkan bersama2 k..=)
tima kasih wan..
tm ksh kongsi...
alhamdullilah..
inilah hikmah bersahabat..
terima kasih mengingati..
alhamdullilah..
moga puasa kita hari ini diterima olehnya...
PS; puasa2 ayu niaga, main api.. lagilah nak rewang sat lagi.. moga2 sampai ke waktu berbuka..
amin.
frust, mendera merah, tak leh nak p surau sama2 bersolat
semuga segala amal ibadat kita pada tahun lepas di terima olehnya.
tahniah Harimau Malaya..
Post a Comment