Salam 'alaikum. Dan selamat berhujung minggu..Yeehaa seronot!
(Pakcik Google bg pinjam)
Hasil cetusan ilham dari blog Sud@is sebenarnya ni. Tadi KH jenguk blog dia dan tajuk entry terbaru dia tentang fobia. Mekasih sebab bagi idea untuk KH share pasal pengalaman tentang fobia ni. Nak tau apa tu fobia, jenguk blog Sud@is k..Nak baca cerita KH pasal fobia. Sila teruskan bacaan korang..ngee
KH teringat kisah seorang member KH masa study dulu. Dia ni kira senior KH setahun la. Dia sangat fobia dengan CICAK!huhu..Boleh sampai tahap mencederakan diri sendiri kalau dia terserempak dengan cicak.
Nak dijadikan cerita. Satu hari, dia tengah study kat study hall. Dia ni memang kaki study. Waktu kebetulan pulak dia pakai t-shirt polo. So ada poket la kan t-shirt tu..hehe..Tengah2 syok dia study tetiba ada sumting jatuh betul2 dalam poket dia.
Dia pun tengok la dalam poket. Masa dia tengok tu apa jadi?!..huhu korang boleh agak tak?..teka la teka laaa (ngengada lak..haha).. Ok la ok la, i bagitauu.. Masa dia tengok dalam poket baju dia, Si cicak yang comel itu pun tengah tenung dia tanpa berkepi. Maka, dengan sekuat hati dia menjerit..menendang kerusi dan meja macam orang mengamuk.huhu..
Bertempiaran kitorang lari selamatkan diri dari kena baling ngan kerusi. Dia duk pusing-pusing..lompat-lompat sambil angkat baju dia..huhu memang kesian masa tu sebab badan dia mesti dah sakit2..Tapi sebab teruk sangat fobia dia, dia tak sedar apa yang dia buat.
Akhirnya, dia bukak je baju dia..huhu tindakan spontan. Kesian kan? What happen kalau benda tu berlaku kat luar? Kat tempat orang ramai?huhu dan dia tak sedar apa yang dia buat..
Memang kita nampak lucu..tapi impact dia kepada orang fobia itu besarkan. Sampai melibatkan maruah ataupun aurat dia..
Dan masa kelas Psychology, sekali lagi dia kena. Kebetulan lak tajuk 'Phobia'..Ada satu group brothers ni kena present tentang tajuk ni. Dorang bawak beberapa ekor binatang getah macam ular, lipan, cacing dan cicak.
Nak jadi cerita sekali lagi, dorang baling cicak ke arah dia. Memang tepat betul sasaran. Kerana terlampau terkejut, dia nak bangun tapi tersekat kat meja. Kerusi dalam kelas tu sekali ngan meja kecik kt sisi tu. Abis berterabur buku dia kat lantai. Muka dia tak yah cakap la. Pucat lesi..huhu
Tu pengalaman KH tengok kawan yang fobia. Yang paling teruk la. Fobia ni banyak jenis sebenarnya. KH ada jumpa satu website yang menyenaraikan jenis-jenis fobia. Kalau nak tahu korang jenis fobia apa, bolehlah intai kat >>>> SINI
Ada pengalaman tak? or korang sendiri fobia apa? KH fobia bantal..asal tengok je mesti nak tido..ekekeke guwau jek
Klik sikit!hee
17 comments:
Cicak comel... kesian cicak tu...
fobia pakai baju..haha
fobia dengan serangga yang terbang2 dan menggelikan macam sesumpah. mau pucat muka and bergegar alam menjerit.
ish kejam nya.dh tau dye taku knp baling ag.mst sakit bdn dye kena meja.
cicak mmg kena bunuh hihi
mak oi dashyatnya fobia?
ambo ade gok fobia nge nnate2 ni..mace lipas, ular katoks..etc..tapi xde la sapa gtu mo..sekadar..opocot mok mu mok aku..heheeh
tapi ade kwn akak..fobia dgn sesuatu..sesuatu yg org xjangka...tunggguuuuuu..nati ambo nok share gak la pasal fobia ni..keh3..bule ko?
>>JO:
hehe mesti sakit jantung cicak tu terkejut kan..=D!
>>H.J:
fobia pakai baju?hehe bahaya tu..
>>eiela:
huhu akak fobia kat ular lg dr binatang2 tu..
>>rara:
huhu biasa la boys kan..lg kita takut lagi dorang suka kacau
>>Qaseh Dalia:
ha'ah mmg digalakkan bunuh..
>>muz:
ha'ah muz..mmg dahsyat..kesian kat dia
>>mama sarah-najwan:
haha tok pun, latoh 'cokek mak bolok!''..hehe
buat la weh..nak jugok ambo baco..gapo hok dio fobia tu..hehe
>>mama sarah-najwan:
haha tok pun, latoh 'cokek mak bolok!''..hehe
buat la weh..nak jugok ambo baco..gapo hok dio fobia tu..hehe
bukak baju? nasib bail lelaki kan.. ishhh..
kawan kak liza lak tak boleh nampak ular walaupun hanya gambar... menggigil badan dia.
kesian kt dia ek
Post a Comment