Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, June 28, 2011

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ: KRONOLOGINYA

Apa itu Israk dan Mikraj?

Satu peristiwa agung yang disambut oleh seluruh umat Islam bila tibanya 27hb Rejab..Dan pada tahun 2011 ni, ia jatuh pada 29 Jun. Israk Mikraj ini merupakan satu peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi junjungan kita iaitu Muhammad SAW..

Ternukil peristiwa ini dalam ayat pertama Surah al-Israk.. KH pasti ramai yang tahu ayat tu kan (Subhanallazhii asra bi 'abdihi lailan minal masjidil haraam ilal masjidil aqsaa...)..

Peristiwa Israk Mikraj berlaku di dua tempat di bumi iaitu di Mekah dan Palestin sebelum Rasulullah SAW dibawa naik (Mikraj) ke Sidratul Muntaha..

Kronologi Peristiwa Israk (perjalanan):
  • Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail 
    dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul 
    hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
  • Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah sebelum dijahit dan dimeteri dengan 'khatimin nubuwwah'..
  • Kemudian Rasulullah dibawa dengan kenderaan yang dinamakan Buraq ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil.
  • Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk yang luar biasa..Dan berhenti di beberapa tempat mulia dan bersejarah. Di situ malaikat menyuruh Rasulullah solat sunat 2 rakaat..Antara tempat2 tersebut adalah di Thaibah (tempat Nabi berhijrah), Bukit Thursina tempat Nabi Musa As menerima wahyu dan di Baitul Laham tempat di mana Nabi Isa dilahirkan.
  • Dan Nabi menyaksikan pelbagai peristiwa2 yang sangat pelik yang merupakan gambaran Allah terhadap keadaan manusia pada hari akhirat nanti.
  • Setibanya di Masjidil Aqsa, Nabi SAW mengimamkan solat dua rakaat bersama para anbiya' dan aulia'.

Kronologi Peristiwa Mikraj:

  • Didatangkan Mikraj (tangga) dari syurga. Nabi dan malaikat Jibril memijak tangga pertama dan ia terangkat sampai ke pintu langit pertama langit dunia (hafzhah).
  • Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam AS..Dan menyaksikan balasan bagi orang yang memakan riba'.
  • Di langit kedua, Nabi dan Jibril bertemua dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
  • Di langit ketiga, Nabi bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
  • Di langit keempat, Nabi bertemua dengan Nabi Idris AS.
  • Di langit kelima, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Harun AS bersama umatnya.
  • Di langit keenam, baginda bertemua dengan Nabi-nabi lain dan seterusnya baginda bertemu dengan Nabi Musa AS..Dan pada waktu ni, Baginda diminta oleh Jibril supaya mengangkat kepala untuk melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang masuk syurga tanpa hisab.
  • Di langit ketujuh, Nabi berjumpa dengan Nabi Ibrahim A.S.
  • Apa yang berlaku di langit kelapan? kesembilan? 
  • Bila baginda bertemu dengan Allah? 
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, korang boleh rujuk SINI.. Apa salahnya kita peruntukkan sedikit masa kita untuk kenang kembali sejarah besar ini yang mana, KH pasti ia akan menguatkan lagi keimanan kita..Menambahkan lagi taqwa kita kepada Allah..InsyaAllah!

**Dan malam Israk Mikraj ini juga merupakan malam yang akan jadi sejarah sepanjang hidup KH dan family kerana pada malam penuh berkat ni, arwah ayah pergi mengadap Allah Ta'ala..Al-Fatihah buat arwah Wan (panggilan utk ayah)..Semoga dia tenang di sana..Amin Ya Rabbal 'Alamin

Selamat Menghayati Keagungan Israk Mikraj..

5 comments:

Anonymous said...

Sama-samalah kita merenung peristiwa israk mikraj, moga kita mendapat pengajaran daripadanya....

Saya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...

whitecappuccino said...

terima kasih berkongsi ..entri yg penuh pengajaran..Ciknor rindu yati jugak!!!!

Niena Muhammad said...

sama2 igt mengingat i :)

Anonymous said...

When you know the documents needed to process the loan application, you
will speed up the process time even more. Drop by drop saving can help a person
to repay the payday loan quickly and lead a tension free life.

An FHA underwriter will take a second look at the
information.

Here is my web blog: Payday Loans UK

Anonymous said...

Rising prices for gas, electricity and other basics of the cost of living
mean that many people are finding their budget
stretched more than in the past. If a payday loan company has
standards that are too easy to meet, this has an effect of the trustworthiness of that company.

According to reports, loan amounts usually range from $100-$500.


Also visit my page; Payday Loans UK