Waktu sekolah rendah dulu, masa darjah 2 sampai darjah 4, diriku duduk sebelah kawan lelaki..memang cikgu sengaja letak macam tu supaya budak lelaki lebih bermotivasi nak belajar dan tak nakal sangat...biasanya dia letak kita dengan kawan yang memerlukan bimbingan kita untuk bantu kawan kita tu belajar..
Ingat lagi nama kawan lelaki Kalamhati tu Fauzi..Kitorang macam anjing ngan kucing..sekejap je baik..selalunya keja duk bergaduh je..bukan gaduh bising-bising..just gaduh jeling menjeling..cubit mencubit..haha malu je bila ingat balik..
(sumber dari Gusti Lengan Selangor)
Bila time baik tu apa kitorang buat??hikhikhik..main GUSTI LENGAN!!..bila cikgu takde, biasanya kitorang satu kelas takut nak buat bising..masing-masing duk tempat masing-masing tapii buat aktiviti senyap2..Lepas lawan gusti lengan..gaduh!!hehe
Kenangan sungguh!Kat mana la si fauzi ni sekarang..darjah 5 dia pindah sekolah..Lepas tu tak jumpa dah dia..Last before pindah tu, dia bagi buah sentul kat Kalamhati..huhu bab2 bawak buah-buah kampung dia memang best..
Korang pernah main gusti lengan tak?ehee
3 comments:
biar betul.. akak lawan gusti lengan? mesti pegang rekod tnpa kalah ni.. heheh..
sy dlu pon camtu la.. boring2 xdk cikgu, mesti msing2 nk test power.. heheh..
>>Solihin:
percayalaaaah..hehe
tp takde la selalu pegang rekod tanpa kalah..
asik kalah je..hehe
hah..
orang kata kalau asyik gaduh-gaduh tu..
nanti..
ehem2..
;D..
jangan marahh arr
Post a Comment