Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, December 3, 2010

LAGI MANGSA PENIPUAN DI FACEBOOK..

Akibat Percaya Kenalan Di Facebook, Guru Wanita Ditipu RM15,000
KOTA BARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kejadian itu berlaku selepas guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.
Selepas berkenalan beberapa minggu, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.
Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya.
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baru. - BERNAMA
(mStar Online)
--------------------------
Peringatan untuk kita..Jangan mudah terpedaya..Buat baik berpada-pada..huhu macam2 jenis orang yg menyamar di facebook..

13 comments:

My Little Diary said...

salam,
senangnya manusia ni nak menipu

Hanisah Safian said...

macam macam.ish.

Unknown said...

bahana FB

jangan layanlah kalau tak dikenali..akhirnya rugi..sedih kan..kaum kita tu yang kena tipu

sarah-najwan said...

ada dah kes gini dulu..
citer kata tersekat tu..

jgn mudah percaya kat org..

Rohani Hashim said...

owhhh mcm tu jer...ishhh mintak jauh r...xmoo r terkena mcm ni kan....

Shahrulsite said...

Apa daa kurang cerdik...mesti beliau baru berkecimpung dalam bidang peng-internet-an ni.

Shahrulsite Blog:
Berapa Besarkah Petabyte?

Solihin Zubir said...

adeyhhh... mcm2 org buat utk menipu skang nie..
nauzubillah...

eelobor said...

dah banyak sangat berita penipuan di dedahkan....tapi masih ada lagi yang terkena. mungkin nasib tidak menyebelahi cikgu tersebut

Sharinginfoz said...

kena hati2 ngan laman sosial ni

eiela said...

bahaya sekarang nih, kena jaga-jaga berfacebook.

Latest Entri :
Senyum Itu Sedekah
Bila Si Dia Bertanya

Lydia Miza said...

salam sis.
macam2 kes penipuan sekarang ni.

sud@is said...

semua perkara kena lebih berhati-hati
jangan mudah percaya pada janji2

ftrhd said...

woahh kalau pasal duit jangan mudah caya..giler ar sampai RM15k.. beli rumah pun cukup tu..