Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, December 16, 2010

Jangan Salah Asuhan

Hadith:
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula. (Muslim)

Huraian :
Elemen akhlak dan pekerti mulia tetap diberi perhatian dalam Islam. Keluhuran peribadi seperti bersopan-santun, berbudi bahasa dan suka membantu perlu dipraktikkan sentiasa.
Dalam hal ini sememangnya keluarga memainkan peranan yang besar dalam mendidik, membimbing dan mencorakkan keperibadian seseorang individu semenjak dilahirkan.
Ia mampu mempengaruhi persekitaran dan mewujudkan suasana aman tanpa sebarang pergaduhan. Hadis di atas mempamerkan betapa dari aspek budi bahasa mencerminkan budi pekerti seseorang.
Mencaci maki, menyumpah seranah dan yang seumpama dengannya tidak membawa kebaikan kepada sesiapapun malah ia memalukan sesiapa yang menuturkan, begitu juga ia akan memalukan ibu bapa yang berkenaan.
Justeru dalam membentuk masyarakat yang baik dan beradab semuanya bermula daripada didikan akhlak yang betul. Salah asuhan menjadikan masyarakat kacau bilau dan di antara satu sama lain tidak terjalin persefahaman dan kasih sayang.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (dipetik dari mStar Online)
----------------------------------
Sedih gak tengok keadaan sekarang ni, kalau kat sekolah ramai budak2 yang kurang sopan pertuturan mereka. Mencarut dan menyumpah tu dah jadi perkara biasa. 
Tambah sedih lagi, bila dengar anak sedara yg Darjah Dua tu, kalau gaduh je terus mencarut.. Kuatnya pengaruh kawan-kawan. Kakakku pun rasa malu gak. Bukan tak ajar..bukan tak marah tapi kejap je janji lepas tu sebut balik.
Salah didikan ke apa kalau cemni?huhu kalau kat dalam kelas, kadang2 rasa nak jadi hulk hogan je bila dengar bebudak senang2 je mencarut. Budak2 yg innocent pun turut terikut.. sedih betul

13 comments:

Ayuni said...

bdk2 slalu senang ikut ckp yg bukan2...adik kwn, br 5 thn dh tau mendarut dlm english padahal sye ckup xpnh nk ckp perkataan tu....pengaruh kwn2

Kalamhati said...

>>Ayuni:
huhu betul tu..rasa cem nak pitam je dgr dorang ni mencarut..cukup tak suka

Jo Qusary said...

kalo omputih, diorg gertak akan basuh mulut anak yg mencarut tu dgn sabun...

Kalamhati said...

>>Jo:
huhu..kakak akak gertak nak cili kan mulut anak dia kalu mencarut..
td akak tampar sikit mulut dia sbb geram sangat..huhu

Lydia Miza said...

huhu...mmg teruk budaya di kan?sbb tu saya lega bila anak duk sek kat Doha ni..kurang sikit tau benda pelik2 ni.

whitecappuccino said...

Adik ipar tumbuk cili padi lumur kat mulut dia..perit budak tu!

eelobor said...

pernah buka satu blog (budak sekolah), dia punya bahasa tak tahu nak gambarkan mcm mana. itulah kali pertama & terakhir saya blogwalking ke situ. malu bila baca bahasa2 yang di gunakan. bertambah sedih bila remaja tersebut adalah perempuan.

Kalamhati said...

>>LM:
alhamdulillah LM..ada juga hikmahnya LM stay kat sana..kalau kakak Kalamhati yg ngaja sekolah menengah cerita lg gerun dgr tau..

Kalau rampas hp bebudak masa spotcheck, mcm2 bahasa yg tak sanggup nak baca kakak kata..huhu rosak dorang ni..

Kalamhati said...

>>CikNor:
err betul ke?huhu
ekceli kan, benda ni memang dibuat oleh org tua dulu2..memang berkesan sbb panas cili tu memang buat bebudak serik..

>>Eelobor:
huhu menyedihkan bila sampai ke blog pun masih nak cakap tak sopan..sedangkan dah tahu blog akan dikunjungi oleh ramai orang..
macam dah takde rasa malu kan?..huhu sedih btul..

ISZA said...

tindakan saya mungkin agak ekstrem tapi selalunya anak murid yang mencarut tu terkulat2 bila saya balas balik..

Kalamhati said...

>>Isza:
huhu biasanya yg mencarut tu memang kena la..kalu tak tarik rambut kat tepi telinga dia smpi tercabut..sy suruh je keluar kelas..sbb dah warning awal2 kalu mencarut, sy tak ngaku anak murid sy dan taknak ngaja dia..

so bila mencarut atau menyumpah je, sy tuding jari ke luar kelas suruh dia keluar..

Unknown said...

salam...

inilah genjala sosial yang terpaksa dibendung oleh guru-guru.

kalau dulu guru senang jer nak alas tanggungjawab,,
ibubapa kata, kalau nakal..rotan

zaman sekarang????masih ada ibubapa yang akan kata seperti itukah???

Solihin Zubir said...

perangai budak2 skrg mmg menakutkan..
mcm2 perkara tak diduga yg dh berlaku..
mcm td, kecoh pasal dua bradik bersetubuh.. siap rakam lagi..
nauzubillah..