KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Seniwati Datin Rosnani Jamil, 75, atau mesra disapa Mak Nani menyambut baik usaha pemuzik dan penyanyi bebas yang memberikan nafas baru kepada lagu-lagu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dalam album kompilasi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.
Menurut Mak Nani yang ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi tersebut, baru-baru ini, walaupun lagu-lagu popular Allahyarham itu dipersembahkan dalam susunan yang baru, rancak dan bertenaga, ia masih boleh diterima dan dinikmati oleh generasi lama sepertinya.
"Walaupun saya sudah tua tapi minat terhadap muzik tidak pernah pudar. Pembaharuan yang ditampilkan oleh pemuzik-pemuzik generasi baru ini masih boleh didengar dan diterima walaupun saya tak nafikan ia agak rancak dan bertenaga.
"Usaha mereka dalam memartabatkan lagu-lagu P. Ramlee untuk dikongsi dengan generasi pendengar pada hari ini adalah satu tindakan yang baik dan harus disokong," katanya.
Bagaimanapun, tambah Mak Nani, sentuhan asal pada sesebuah lagu P. Ramlee itu tidak boleh digubah atau dibuang sepenuhnya kerana ia hanya akan menghilangkan penjiwaan dan keaslian lagu tersebut.
"Memang saya dan Datuk Jamil boleh terima dan dengar lagu-lagu nafas baru ini tetapi bagi saya keaslian dan sentuhan asalnya tidak boleh dibuang sepenuhnya kerana penjiwaan sesebuah lagu itu akan hilang jika terlalu banyak pengubahan dilakukan.
"Sebaiknya, kalau hendak gubah atau beri sentuhan baru pada mana-mana lagu lama pun, elemen dan ciri asli lagu itu mesti dikekalkan untuk memelihara identiti dan keasliannya," katanya.
Pada majlis yang sama, Mak Nani turut ditemani oleh pengarah dan penulis veteran Datuk Jamil Sulong yang diundang sebagai penghormatan kepada dua bintang veteran yang seangkatan dengan P. Ramlee.
Jamil merupakan penulis lirik bagi 40 buah lagu ciptaan Allahyarham termasuklah lagu Tiada Kata Secantik Bahasa yang turut termuat dalam album kompilasi tersebut.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk Jeritan Batinku (oleh Azlan & The Typewriter dan AG & Co), Gelora Jiwa (Yuna), Tiada Kata Secantik Bahasa (Monoloque), Bunyi Gitar(Subculture), Ya Habibi Ali Baba (Meet Uncle Hussain & Hazama), Itulah Sayang (The Ramlees) dan banyak lagi.
Album kompilasi yang melibatkan 20 pemuzik bebas tempatan ini kini boleh dimiliki dengan melayari laman sesawang xfm.com.my untuk pembelian secara digital.
Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee.
mStar Online------------------------------
Satu inisiatif yang baik untuk menghargai hasil seni Allahyarham Tan Sri P Ramlee..Namun, ku lebih terbuai dengan irama asal..lebih menusuk jiwa..kita dengarlah nanti cemana penyampaian mereka..Teruja nak dengar Yuna alunkan Gelora Jiwa..
Tan Sri P Ramlee..insan seni yang tiada tolok bandingnya..karya2 Allahyarham tetap segar di hati kita..tak lapuk dek hujan tak lelakng dek panas..Tak jemu untuk ditonton walau beratus kali..Betul tak?
4 comments:
setuju2. nek benci tgk lagu 2.
penyanyi nyanyi sume nk poyo
Kalamhati: saya pun salah sorang peminat seniman terkenal ini. Tiada siapa yg blh mengganti tptnya hingga ke hari ini!
elok di kekalkan tempo, melodi dan lirik yang asal serta tidak di ubah satupun
>>kobEjordan: hehe poyo ek..biasa la masing2 tunjuk gaya masing2..yg penting kena pelihara melodi dan lirik tu kasi jangan poyo sekali..huhu
>>azzey: dats true!patah tumbuh hilang berganti tapi yg tumbuh tetap tidak setanding..
>>eelobor: itu yg sepatutnya..jangan di'derhaka'kan melodi, tempo serta lirik tu..(pinjam term 'derhaka' Cik Mat Gebu..hehe)
Post a Comment