Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 15, 2010

Susulan kemalangan ngeri di KMM23: seorang lagi meninggal dunia..

MELAKA: Seorang lagi mangsa kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspres di Lebuhraya Plus berdekatan tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Ahad lepas, meninggal dunia di Hospital Melaka (HM) hari ini, menjadikan jumlah korban tragedi itu berjumlah 13 orang.
Pemangku Pengarah HM Dr Abdul Raof Jaafar berkata, Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, dari Terengganu yang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi(ICU) akibat kecederaan parah di kepala, meninggal dunia pukul 12 tengah malam tadi.
Sharifah adalah penuntut Institut Pendidikan Guru di Lembah Pantai, Kuala Lumpur jurusan Bahasa Melayu.
"Sementara itu dua lagi yang dirawat di HM iaitu pemandu bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Umar Yusop, 31 dan Hazalizah Paiman, 24, dibenarkan pulang ke rumah petang tadi," kata Dr Abdul Raof di sini hari ini.
Menurutnya, hanya seorang mangsa kemalangan, Shanor Amer Mohamad, 18, masih dirawat bagi menjalani pembedahan tulang rahang.
Kemalangan pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad lepas di Kilometer 223, Lebuhraya PLUS itu membabitkan bas ekspres Delima dengan 34 penumpang, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah van, dan dua buah kereta, dan ia mengorbankan 12 nyawa pada hari kejadian.
Kejadian itu berlaku apabila bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur dari Melaka gagal dikawal, mengakibatkan ia melambung dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan beberapa kenderaan lain.
sumber: mStar Online
------------------------------
Sama-sama kita sedekahkah al-Fatihah utk allahyarhamah..semoga rohnya ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman..seorang lagi bakal guru diambil Allah dari kita..sesungguhnya kita milik Nya..dan akan kembali mengadap pencipta kita bila sampai waktu ajal kita..

11 comments:

Gayahspears said...

al-Fatihah..

Kalamhati said...

al-Fatihah..amin

DKosongLapan said...

takziah pade keluarge mangse....moge ditemaptkan dalam golongan oghang yang beghiman....
AL Fatihah

Kalamhati said...

>>>D08: insyaAllah..amin

Aniza said...

Al-Fatihah.

Salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah rakan seperjuangan saya. arwah sepatutnya berkonvo hari ini.

Bidadari said...

semoga roh mereka ditempatkan org2 beriman...aminn..

Kalamhati said...

>>>Aniza: owh ye ke..hmm kita doakan yg terbaik utk arwah ye


>>>Bidadari: amin..

fendi_scropio said...

Al-fatihah...moga slamat dunia akhirat

Kalamhati said...

amin..=)

Hishyamuddin said...

Al-Fatihah..
takziah kepada keluarga dan kenalan arwah. InsyaALLAH arwah akan ditempatkan di tempat2 org yg soleh.amin

Kalamhati said...

>>>hisyamuddin: amin..mudah2an