Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, October 7, 2010

Selangkah Maju Ke Hadapan..Tahniah!


Pusat Kajian Aeroangkasa Di Cyberjaya Menjelang 2015
CYBERJAYA: Sebuah Pusat Kajian Aeroangkasa dan Sains Antarabangsa, yang pertama di Asia, dijangka siap dibina di tapak seluas 12.12 hektar di Taman Sains Selangor 2 (SSP2) di sini menjelang 2015.
Projek pembinaan pusat berkenaan adalah atas usahasama Perbadanan KemajuanNegeri Selangor (PKNS) dan Advanced Science Education Asia Sdn Bhd., (ASEA) yangdipengerusikan oleh angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar ShukorSheikh Mustapha.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata mereka akan bekerjasama denganagensi angkasa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) danAgensi Aeroangkasa Soviet untuk membangunkan pusat itu.
"Butiran mengenai projek itu sedang dirangka," katanya kepada pemberitaselepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PKNS dan ASEA disini Khamis.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, majlis itu turut dihadiri lima angkasawan lain iaitu Klaus-Dietrich dari Jerman, Sergey Treschev dan VladimirLyakhov (Russia), Mirsolaw Hermaszewski (Poland) dan angkasawan Korea Selatan,Soyeon Yi.
Kesemua angkasawan itu adalah antara 65 angkasawan dari 17 negara yangmenghadiri Kongres Planet ke-23 selama lima hari anjuran Persatuan PenerokaanAngkasa (ASE) di Kuala Lumpur mulai Selasa lalu.
Othman berkata projek tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawabkomuniti sosialnya (CSR) dengan tujuan menyediakan peluang pendedahan bidangsains untuk kanak-kanak di negara ini.
Katanya projek usahasama itu akan memanfaatkan semua pihak serta memberiidentiti baru kepada Taman Sains Selangor.
Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata penubuhan pusat itu bakalmemupuk semangat cintakan sains di kalangan anak-anak muda.
"Saya memang dah lama nak cari tempat untuk membuka pusat kajian sains danmencari satu institusi di mana kita boleh belajar segala-galanya mengenai ilmufalak, astronomi dan angkasa lepas dan sains di bawah satu bumbung," katanya. - BERNAMA

6 comments:

velasrizal said...

lps ni ramai la ke angkasa..

Penangan Whopper Burger King RM 1 Pada 6 Oktober 2010 !

Kalamhati said...

betul tu..=)

Kuman Chaos said...

bagus nih... baru la minat bercambah untuk study benda nih... dulu semua orang takut nak amik Aeroangkasa punya course

Kuman "ekor.." Entry

Kalamhati said...

tu la..harap makin ramai rakyat Msia yg meneroka angkasa lepas pasni..

Nur Azila Ismail said...

bgus . leh tarik minat org ramai

Kalamhati said...

ha'ah zila tanak cuba?hehe