Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 9, 2010

Selamat berangkat..semoga mendapat haji yang mabrur..

(sumber dari Google)


350 Jemaah Haji Pertama Berlepas Ke Tanah Suci
PETALING JAYA: Seramai 350 daripada 26,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada penerbangan pertama malam Jumaat.
Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Datuk Abi Musa Asa'Ari Mohamed Nor berkata rombongan pertama yang melibatkan tiga waktu penerbangan itu akan berlepas pada pukul 1.30 pagi dan mereka dijangka tiba 10.20 pagi Sabtu.
Penerbangan seterusnya adalah pada pukul 5 dan 8 pagi ini.
Beliau yang ditemui ketika pelepasan itu berkata semua jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan ketika berada di Tanah Suci serta mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.
"Jemaah haji Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah dari segi displin kerana kebanyakkan dari mereka akur kepada setiap arahan yang ditetapkan terutama yang melibatkan kedua-dua belah negara," katanya. Abi Musa berkata kerajaan Arab Saudi juga mengiktiraf jemaah haji Malaysia sebagai kumpulan jemaah yang terbaik di dunia berdasarkan disiplin dan sopan santun mereka ketika mengerjakan ibadat haji. - BERNAMA

3 comments:

Gayahspears said...

amin~

Kalamhati said...

insyaAllah..=)

Nur Azila Ismail said...

awasi diri dari melanggar larangan ketika menunaikan haji :)