Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 11, 2010

Sejarah Malaysia Tercipta Di Universiti UK!!

Eksklusif Oleh ROZAID A. RAHMAN
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong dan Datuk Bandar Charnwood, Jill Vincent bersama Zuhri Abdullah (empat dari kanan) menyempurnakan pembukaan Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, 30 September lalu.
BELUM pernah sebuah restoran berjenamakan Malaysia berjaya menembusi mana-mana universiti di United Kingdom.
Bagaimanapun pada 30 September lalu, Restoran Jom Makan yang telah beroperasi selama dua tahun di London telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan di Universiti Loughborough, tidak jauh dari London.
Ucapan perasmian Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK disempurnakan oleh Datuk Zakaria Sulong.
Ia adalah outlet Jom Makan yang ketiga selepas Pall Mall (dibuka pada Jun 2008) dan Pusat Membeli-belah Westfield (Oktober 2009) - kedua-duanya di kota London.
Bagi Pengarah Urusan Jom Makan UK, Mohd Zuhri Abdullah, ini adalah satu catatan sejarah yang sangat bererti kepada jenama Malaysia dan diuruskan oleh rakyat Malaysia.
Datuk Bandar, Jill Vincent dan Datuk Zakaria Sulong meninjau hidangan yang disediakan di Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK.
Projek Jom Makan adalah satu inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
Pembukaan Restoran Jom Makan di Universiti Loughborough telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong dan disaksikan oleh Datuk Bandar Charnwood, Jill Vincent.
Hiasan dalaman Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK bukan sahaja ceria tetapi turut melambangkan ciri-ciri sofistikated serta moden.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Loughborough, Profesor Niel Halliwell, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke UK, Raja Badrul Zaman, Pengarah TDC London, Abd Rauf Abu Hassan dan Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Loughborough, Lucy Hopkin dan seluruh jawatankuasa eksekutifnya.
Restoran Jom Makan Universiti Loughborough bertempat di bangunan Kesatuan Pelajar yang baru diubahsuai dan diberi nafas baru. Universiti tersebut mempunyai hampir 20,000 pelajar.
Suasana di hadapan pintu masuk ke Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK.
Jom Makan merupakan satu-satunya restoran yang terdapat di bangunan berkenaan.
Wakil Kesatuan Pelajar, Richard Smith berkata, pengubahsuaian yang dijalankan di bangunan kesatuan pada musim panas yang lalu telah menelan belanja yang besar dan salah satu ciri baru yang diperkenalkan ialah pembukaan sebuah restoran yang menyajikan makanan Malaysia iaitu Jom Makan.
Teh tarik menjadi sebahagian daripada menu utama Restoran Jom Makan yang mendapat sambutan hangat daripada para pelajar universiti.
Zuhri dalam satu temuramah eksklusif bersama Mingguan Mstar memberitahu, sambutan para pelajar terhadap Jom Makan sangat menggalakkan di mana nilai jualan yang berjaya dibuat sehari telah melebihi sasaran awal yang dijangkakan.
“Kami berasa bangga kerana kini bukan sahaja para pelajar di universiti ini dapat menikmati juadah Malaysia tetapi Jom Makan akan dapat menyediakan makanan Malaysia serta halal kepada ramai lagi penuntut universiti termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Nottingham, Leicester, Sheffield dan Derby yang kesemuanya dalam lingkungan 30 minit perjalanan ke Universiti Loughborough.
Para pelajar sedang menikmati makan tengah hari.
Kata Zuhri lagi, kelebihan Jom Makan di Universiti Loughborough juga adalah kerana ia terletak di bangunan yang diuruskan oleh para pelajar dan pintu masuk ke universiti.
Ini katanya memberi kelebihan akses kepada orang luar untuk berkunjung dan menikmati makanan Malaysia di situ.
Dan untuk pertama kalinya juga, kata Zuhri, outlet Jom Makan di Universiti Loughborough menawarkan hidangan nasi campur kepada para pelanggannya.
Barisan kakitangan restoran yang terdiri daripada anak tempatan dan juga Malaysia segak dengan pakaian seragam masing-masing sebelum memulakan tugas mereka.
Mereka juga menawarkan menu barat seperti Spageti tetapi dengan citarasa Malaysia iaitu bersoskan sambal.
Dua orang tetamu dari agensi perhubungan awam UK mencuba hidangan masakan Malaysia.
Harga makanan yang ditawarkan di sini juga tidak semahal dua lagi outlet Jom Makan di London kerana ia perlu mengambilkira kemampuan pelajar.
Namun begitu dari segi volum, Universiti Loughborough memiliki potensi yang lebih besar kerana ia terletak dalam kawasan kampus dan perkampungan pelajar.
Jom Makan menawarkan menu standard makanan Malaysia seperti sate, nasi ayam hainan, nasi lemak, nasi goreng, nasi beriyani, gado-gado, mi hailam, mi goreng, mi kari, sambal undang tumis, rendang daging, kway teow goreng dan ayam percik.
Ia turut menghidangkan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong menyifatkan kejayaan Zuhri dan staf Jom Makan UK membuka sebuah restoran berskala besar di UK adalah satu pencapaian yang sangat bermakna kepada jenama gastronomik Malaysia dan melambangkan kejayaan anak Malaysia mengeksport makanan Malaysia ke persada dunia.


Sumber: mStar Online
----------------------------------------
Turut berbangga bila baca berita ni..lepas ni mesti lebih banyak lagi restoran yang membawa nama MALAYSIA berjaya menembusi universiti luar negara..insyaAllah..sama2 kita doakan!

9 comments:

Gee said...

seronoknya..nama Malaysia sekali lagi di mata dunia.. :-)

Kalamhati said...

memang bangga kan!=)

Sharinginfoz said...

baguslah perkenalkan masakan malaysia kan

Kalamhati said...

ha'ah..satu perkembangan yg baik kan..=)

eelobor said...

bangga & terus bangga...

Unknown said...

tumpang bangga...lagi-lagi pekerja terdiri dari warga sana..

warga kita pun ada sama...wah......MALAYISA KU

terima kasih kalam hati kongsi info nie..sis baca 2 kali sampai menitis air mata ini..

Kalamhati said...

huhu saya pun sama td..terharu campur bangga..mana tau pasni ada kafe nama 'Citarasa Rinduan' bertapak kat sana lak..insyaAllah!..=)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

ah...bestnya Jom Makan dah popular di UK. tapi di Melbourne satu ketika dulu, dah hilang Restoran Jom Makan ni..sedih.

Kalamhati said...

owh begitu plak..ilang di melbourne muncuk di UK..huhu