Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, October 7, 2010

Rahmat Allah untuk sesiapa saja yang Dia pilih..

Tuhan Selamatkan Maher Zain


PETALING JAYA: Penyanyi Lubnan yang sedang popular dengan lagu “Thank You Allah”, Maher Zain (gambar) merupakan seorang penyanyi yang begitu bertuah kerana hatinya terbuka untuk kembali ke pangkal jalan setelah tersasar dengan kehidupannya sebelum ini.
Penyanyi yang berusia 28 tahun ini tidak malu untuk berkongsi pengalaman hitam bagaimana kehidupannya terpesong sehingga dia pernah terlupa membaca Al-Fatihah.
Katanya, perkara itu berlaku kerana dia terlalu sibuk mengejar kepentingan dunia selain terlibat dengan aktiviti sosial kerana terpengaruh dengan rakan-rakan.


“Tiga tahun lalu kehidupan saya sangat teruk. Saya terpengaruh dengan rakan-rakan dan telah melupakan Allah. Bukan senang untuk hidup di negara Barat apatah lagi banyak aktiviti hiburan yang akan menyebabkan kita alpa,” katanya.
Menurut Maher lagi, dia bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah kepadanya apabila dia mula sedar dengan kesilapan lalu ketika menyaksikan satu persembahan nasyid di sebuah negara.
Persembahan dalam bahasa Arab itu benar-benar menginsafkan Maher walaupun dia tidak faham maksud lagu berkenaan.
“Hati saya amat tersentuh mendengar lagu itu menyebabkan saya menjadi insaf lalu menghasilkan lagu-lagu berunsur ketuhanan,” katanya.
Sementara kunjungannya ke Malaysia, Maher akan turut mengadakan persembahan Save The Soul anjuran rumah perlindungan wanita Raudatul Sakinah pada 14 dan 15 Oktober ini di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam, Selangor.

Sumber: mStar Online

----------------------------------
Sesungguh Allah berhak memilih sesiapa sahaja untuk Dia bukakan pintu hati..Semoga Alah sentiasa buka pintu hati kita untuk berbuat perkara2 yang baik..mendengar perkara yang baik2..





10 comments:

DKosongLapan said...

kite ingat kat DIA.... DIA akan ingat pade kite.... dan sementaghe ade amse ni...... banyakkan amal

Kalamhati said...

betul tu..insyaAllah sama2 kita tingkatkan amalan kita..=)

Nur Azila Ismail said...

alhamdulillah . moga ramai org akan jadi macam die

Kalamhati said...

InsyaAllah zila..=)

balik sekolah trus ngadap tenet yeee..hehe

sweetsal said...

lagu2 dia pun sedap2 ye..jom dgr lagu InsyaAllah...

Kalamhati said...

jom!suka lagu tu..=)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

mama adam pun suka jugak...hensemnyer dia!! (sempat lagi tuh)

Aretikz said...

Maher Zain.. Drinya bertuah.. Memang lagu2nya itu dari hati.. sal tu mnusuk kalbu.. huhu..

Solihin Zubir said...

subhanallah...

Kalamhati said...

>>Mama Adam: hehe takpe2..tak salah memuji kejadian Allah..=p


>>Aretikz: huhu betul2..memang terkesan sgt kt hati

>>Solihin: baarakallahu fiihi (semoga Allah berkatinya)