Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 15, 2010

Pembentangan Bajet 2011: Gambar-gambar

Tengah berlangsung sekarang..PM sedang membentangkan strategi utama yang pertama iaitu "Mendaya kembali pelaburan swasta"













4 Strategi Utama Bajet 2011 ialah:
  1. Mendaya kembali pelaburan swasta.
  2. Membangun modal insan.
  3. Mensejahtera hidup rakyat.
  4. Memantapkan penyampaian perkhidmatan. (tak sempat dengar ayat lengkap..akan update semula)
1. Mendaya kembali pelaburan swasta

  • PM mengumumkan Skim Pencen Pekerja Swasta mulai pertengahan tahun depan.
  • Dewan gamat apabila PM mengumumkan duti 300 barangan import yang digemari oleh pelancong luar dan rakyat negara ini dimansuhkan..Antara barangan yang dimansuhkan adalah duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan!!hehehe
  • RM200 juta utk industri kreatif- filem, drama, kegiatan seni etc.

2. Membangun modal insan
  • Belanjawan sebanyak 29.3 billion untuk Kementerian Pelajaran Malaysia, 10.2 billion untuk Kementerian Pelajaran Tinggi, 627 juta kepada Kementerian Sumber Manusia.
  • Kerajaan memperkenalkan Program latihan 1Malaysia dan peruntukan sebanyak 500 juta bagi menjayakan program latihan ini.

3. Mensejahtera hidup rakyat
  • Program bantuan warga emas dan program bantuan kanak-kanak.
  • Pengecualian 100% duti eksais ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU.
  • 568 juta bagi membina unik kediaman pelbagai projek.
  • 50 juta utk skim pembiayaan pinjaman perumahan kos rendah.
  • Skim rumah pertama kepada golongan muda yang berpendapatan kurang dari RM3k sebulan utk pembelian rumah tidak melebihi 220K serta pengecualian duti setem.
  • 6.9 billion utk naik taraf kawasan luar bandar seperti menyediakan bekalan air dan elektrik di luar bandar.
  • Melaksanakan bantuan rumah untuk golongan miskin tegar.
  • 974 juta sebagai pemberian subsidi benih padi dan baja padi.
  • 170 juta bagi insentif hasil tangkapan nelayan.
  • Seragamkan harga barangan dengan mengadakan pengedaran barang perlu dengan bantuan sebanyak 200 juta.
  • Elaun bulanan imam naik dari Rm450 kepada RM700
  • Elaun guru KAFA naik dari RM500 kepada RM800 mulai Januari 2011.
  • 100 juta untuk pembangunan orang asli dan pribumi.
  • Bagi meringankan beban pengguna lebuhraya PLUS kadar tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun.
  • Memperluaskan perkhidmatan kesihatan awam.
  • Membanteras jenayah dan menjamin keselamatan. 350 juta utk melaksana program ini.
  • Memperkasa peranan badan bukan kerajaan.(peruntukan 70 juta utk program yg melibatkan NGO dalam menangani gejala sosial bersama kerajaan)
  • 1.9 billion utk biayai projek pemuliharaan alam sekitar dan sungai.

Akan diupdate lagi


Dan yang ditunggu oleh penjawat awam..ni dia!
  • Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
  • Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya. >>>>yahuuu!
  • Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember. (huhu..alhamdulillah dari tak dapat langsung)
  • Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.

**Maaf ayat tunggang langgang sebab cuba latih diri amik points sambil menaip..hehe



2 comments:

Seindah.Bidadari said...

bagus....akak dah buat review,,,sy baru nak cari..hehehe

fendi_scropio said...

salam..ingat dasar gaji minimum ade,,,