Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, October 1, 2010

Jangan naik lif?

Empat cedera apabila kabel sebuah lif yang dinaiki mereka terputus sebelum terjatuh dan terhempas dari tingkat enam di Blok A, Flat Impian Baiduri, di sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, keempat-empat mereka iaitu Rahim Yunus dan isterinya Zarinah Jaafar bersama dua pelajar S. Kugahan, 14, dan Azizah Ermonchatib, 13, menaiki lif tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.


Ada yang fobia nak naik lif ke pasni selepas dengar news tentang ni awal pagi tadi?..huhu ekceli ku pun rasa gerun je bila dengar berita ni dalam kereta pagi tadi time pegi sekolah..ikh!cemana boleh putus kabel lif tu kan?

Dah takdirnya begitu..hmm betul takdir tapi maybe boleh dicegah kalau pihak berwajib menyelenggara lif tersebut segera..Menurut berita, penghuni flat dah buat aduan tapi tindakannya lambat..walhal yuran penyelenggaraan lif dibayar RM50 oleh penghuni setiap bulan..

Ada ralat kat sini..maybe Tuhan nak bukak mata orang yang tak bertanggungjawab ni..Abaikan keselamatan orang lain sewenang-wenangnya..Sepatutnya bila dapat aduan, terus pegi selenggara..Bila bertangguh ni la akibatnya..

Pengerusi jawatankuasa penduduk blok tersebut Tambi Chik Hassan mendakwa penduduk telah banyak kali membuat aduan mengenai masalah lif yang sering kali rosak sejak beberapa bulan lepas.

"...tetapi aduan kepada pihak pengurusan flat seperti diabaikan apabila tiada sebarang tindakan pembaikan diambil. Mereka sering menjadikan alasan masalah kewangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk membayar yuran senggara sebanyak RM50 sebulan.


Ni boleh jadi peringatan dan pengajaran kepada pihak2 yg bertanggungjawan menyelenggara lif yg lain..kita pun boleh bayangkan cemana keadaan lif kotak di flat kan..bukannya macam lif yg kita tgk kat shopping2 kompleks besar2 tu..Nak naik pun bergegar semacam je..

Mengikut berita yg ku dengar dalam HotFM pagi tadi..cikgu perempuan yg cedera di bahagian pinggul tu kemungkinan besar mengalami lumpuh..huhu kesian cikgu tu..

Pengajaran juga buat kita semua..Ada benda yg kita perlu prihatin..perlu 'jaga tepi kain' orang..Kalau nampak lif or pondok telefon rosak..atau sumting yg mencurigakan berlaku di sekitar kawasan kediaman kita..Cepat2 laporkan kepada pihak yg berwajib..Bukan buat derk je..Tak jadi pada keluarga kita takpe..kalau melibatkan keluarga kita cemana kan?Nauzubillah..

Sekadar peringatan bersama..=)

**berita dipetik dari mStar Online


3 comments:

Kuman Chaos said...

betul tu..
kami sekeluarga taku nka ke banggunan tinggi dah :)
kuman "magazine.." Entry

Kalamhati said...

huhu.jadi fobia ek

awaniz said...

macam manalah rasa "freefall" tuh kan.. pernah gak test kat genting, tapi itu still ada pengikat badan, kalau takde... susah nak gambarkan..