Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 11, 2010

Harley Davidson percuma!

Fuhh!smart dan mantop

Sultan Johor Kurnia Harley Davidson, Kenderaan Lain Bernilai RM5.5j Kepada PDRM
KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kenderaan yang terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.
Beliau berkata, kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.
"Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan,” katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini. - BERNAMA
-------------------------------------------------
Pasni kalau kena kejar memang tak lepas la..hehe sesuai untuk jadi kenderaan pengiring kot..junjung kasih Tuanku!

7 comments:

Unknown said...

wah...bestnya....

semoga sultan johor sentiasa dirahmati...bangga ada pemerintah seperti sultan..

daulat tuanku.................

eelobor said...

Sultan Johor adalah sultan pertama yang membuat lawatan Kebawah Duli Tuanku Faris Petra. terima kasih tuanku.....daulat tuanku

Kalamhati said...

daulat tuanku..semoga sentiasa dipayungi rahmat Ilahi..=)

shahrilhakime said...

daulat tuanku...
walopon bukan ghakyat negeri JOhor...
tapi sebab patik penah dudok 3 tahun akt Segamat....kighe bulih le tuanku.... hehehe

Kalamhati said...

hehe bulih2..sebagai mengenang budi bermukim seketika kt johor..=D

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

pergh..Holden tu..mana nak dapat spare part kat malaysia..tapi memang mantap kereta tu. heheh

Kalamhati said...

huhu tu la..mewah dan esklusif lg tuu..spare mu esklusif..hehe