Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 25, 2010

GELARAN 'DATUK' A.C MIZAL DITARIK BALIK??



PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.
Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.
“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Emylia diminta mengulas desas-desus kononnya darjah kebesaran terhadap A.C Mizal itu ditarik balik selepas nama pelakon tersebut tidak tersenarai dalam majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, Ahad.
Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk.
Kata Emylia isu penarikan itu timbul mungkin kerana nama suaminya tidak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan Ahad, tetapi dakwaan tersebut sebenarnya tidak benar.
Emylia menjawab desas-desus itu bagi pihak A.C Mizal yang sedang bermain tenis ketika dihubungi mStar Online.

**Kalamhati: Peringkat kedua?Maybe sebab baru sangat lagi dalam dunia korporat..hehe..Kalau Mak Nani dengan Hasbullah Awang tu kita dah tahu selama mana penglibatan mereka berdua dalam dunia masing-masing kan..Apapun tahniah kepada mereka berdua..dan tahniah in advance utk A.C Mizal utk penganugerahan gelaran Datuk Disember nanti..Sama2 kita nantikan!..=)

No comments: