Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, October 2, 2010

ANDAI INI DUGAANNYA..KUATKAH KITA UNTUK MENGHADAPINYA..

Baca entry terbaru abangku malam tadi buat hati ni syahdu dan jantung berdegup kencang..Banyak betul dugaan abang dan kakak iparku dalam membesarkan 7 orang anak..Abang memang bertuah punya isteri yang cukup memahami dan kuat menghadapi segala masalah yg timbul di kala abangku tiada di rumah..out station menunaikan tanggungjawab kepada anak bangsa..

Wad hospital temerloh tu bagaikan persinggahan kedua selain rumah waktu anak2 masih kecil dulu..Seminggu before raya hari tu dah berkampung di wad sebab si Syahir yg bongsu tu retak tulang lengan..semalam sekali lagi dia diuji dengan demam yg teruk sampai tak boleh jalan..

Dugaan demi dugaan..Sayangnya DIA kpd kita..Memilih kita utk diuji..Semoga ujian ini mampu ditempuhi dengan hati yg sabar..Menebalkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepadaNYa..insyaAllah..

Abangku ni baru berjinak2 dengan dunia blogging ni..tengok anak2 sibuk dgn blog..dia pun cuba nak belajar blogging gak..

Dan luahan hati dia malam tadi..perkongsian rasa yg jarang sekali ku baca dari hati seorang abang..ada manfaat yg mungkin boleh ku kongsi dengan semua..untuk kita lebih dekat dengan Allah...BACA DI SINI


2 comments:

Kuman Chaos said...

semoga abang tabah dengan dugaanNya..
dah baca tadi..

Kuman "BMW" Entry

Kalamhati said...

mudah2an..tq kuman!