Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, October 11, 2010

58 ke 60?





Umur bersara Wajib Tak Dinaikkan Ke 60 tahun
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.
"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar.
Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.
"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. - BERNAMA


Sumber: mStar Online

--------------------------------------------------
58 udah ler..tak daya dah cikgu2 nak panjat tangga gi ngajar tingkat 3 nun..sakit lutut dah..huhu cakap berdasarkan pengalaman ye..sian tgk..cikgu2 yg nak bersara sok lusa kt sekolah ku..nak panjat tangga dah tercungap-cungap..kesian dorang...

2 comments:

shahrilhakime said...

elokle pun tak dinaikkan ke 60....58 pun dah goyang....ni kan pulak 60...

Kalamhati said...

tu la..better amik orang2 baru..masuk 56 ke atas tu motivasi keje dah menjunam dah..huhu