Gempa Bumi: Rakyat Malaysia Di New Zealand SelamatWELLINGTON: Semua rakyat Malaysia yang berada di South Island, New Zealand dilapor selamat dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.1 pada Skala Richter, iaitu yang terbesar bagi tempoh 80 tahun di negara itu, awal pagi Sabtu.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Datuk Hasnudin Hamzah berkata pihaknya kini memantau keadaan di situ ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia).
"Kami ada menerima panggilan dari wakil pelajar di kawasan itu dan menyatakan mereka semua selamat. Namun keadaan masih belum sepenuhnya stabil.
"Semua maklumat terkini diedarkan menerusi apa juga saluran yang mungkin termasuk emel, Facebook dan Twitter," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Gempa itu berpusat 14 km dari tenggara Christchurch, bandar raya terbesar di South Island dan kedua terbesar di negara tersebut.
Terdapat 403 pelajar Malaysia sedang menuntut di South Island iaitu di University of Canterbury, Lincoln University dan University of Otago - kesemuanya di Christchurch - serta beberapa kolej dan politeknik.
Hasnudin turut menasihatkan rakyat Malaysia terutamanya pelajar agar menghubungi keluarga masing-masing di tanah air bagi memaklumkan keadaan mereka.
"Terdapat juga beberapa pelajar yang menghubungi pihak Suruhanjaya menyatakan bahawa rumah mereka mengalami kerosakan kecil seperti pintu rosak, cermin pecah akibat gempa bumi itu," katanya.
Mengikut maklumat yang dikeluarkan Suruhanjaya itu, gempa tersebut mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan infrastruktur termasuk jambatan serta jalan raya.
Laporan media tempatan menyebut dua orang mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut, selain semua akses komunikasi dan bekalan elektrik terputus pada sebelah pagi. - BERNAMA
Bila Hati Berbicara..Tangan Melagukan Rentak Seiring..Melahirkan Irama Yang Mewarnai Hidup Ini..
Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!
My Life's Journey
Saturday, September 4, 2010
Zalzalah (Gempa Bumi)..
Rasa cem ada rama-rama dalam perut bila dengar berita kat Astro Awani tadi..gegaran demi gegaran kecil Allah tunjukkan kpd kita semua..Apakah ini amaran awal Allah untuk kita..Supaya kita lebih mengingati Nya..supaya kita bersiap sedia dengan bekalan yang cukup..
Tidak reda lagi dengan cerita Gunung Sinabung yang tidak aktif selama 4 kurun memuntahkan debu lebih 2 kilometer ke udara..Dikejutkan lagi dengan gegaran di New Zealand ni plak..MashaAllah..Astaghfirullah..
Nak tau citer..baca news bawah ni...
Published: Sabtu September 4, 2010 MYT 2:25:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tanda2 kiamat,, di indon pun baru2 nih dah 4 abad x meletup tetibe meletup,,
tu la..tanda2 kiamat makin zahir..huhu
sebagai peringatan kepada yang lain
btul tu..supaya kita beringat
manusia semakin kejam, mungkin tanda2 kemurkaan Allah
sesungguhnya kiamat tu makin dekat ye?
btul..makin dekat..sesungguhnya janji2 Allah benar2 belaka..
Post a Comment