Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, September 17, 2010

TITISAN ILMU..

Pagi tadi berlangsung Majlis Titisan Ilmu untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR pada hari Selasa..Majlis dah jadi tradisi sekolah setiap tahun sebelum UPSR..Kenapa dinamakan titisan ilmu?..

Kerana pada majlis ni lah semua guru akan meredhakan dan menghalalkan semua ilmu yang diajar kepada murid2 sebelum mereka mengahdapi ujian besar..Dan mengharapkan ilmu yang dititiskan itu akan disebarkan menjadi benih-benih ilmu kepada generasi akan datang..insyaAllah.

Kenapa susah2 nak buat?cikgu2 halalkan je la..senang..niat je..doakan je..habis cerita..huhu memang boleh kan..tapi lebih afdhal jika kita buat secara rasmi cemni kan..lebih terasa aura nya..murid-murid salam dengan cikgu..minta ampun dari cikgu2..manakala guru2 dgn penuh rela hati menghalalkan serta redha dgn ilmu yang ditelah diajar selama ni..

Time ni memang tangkap leleh la..ramai murid yg nangis..dan cikgu2 pun sebak gak..hanya doa dan pesanan yg dapat disampaikan..Semoga mereka ini dikurniakan kejayaan yg cemerlang..Menjadi insan yg berguna dan hamba yang beriman kepada Allah..Jika tidak kaya dengan ilmu..sekurang2nya mereka kaya dgn adab dan akhlak yang baik..





Khusyuk menadah doa..mengharapkan Allah mengurniakan
kejayaan yang cemerlang..dilapangkan dada..
diberi ilham dan maghfirah agar dapat
menghadapi peperiksaan dengan mudah




Cikgu Che Abu Bakar mewakili guru-guru melafazkan keredhaan
dan menghalalkan titisan ilmu yg telah menyirami hati2 mereka..
Dan mengharapkan ia tumbuh menjadi benih2 yg baik..



Bersalaman dan memohon keampunan dari guru2 lelaki



Bersalaman dengan guru2 perempuan lak..



Setiap org murid Tahun 6 dihadiahkan kotak pensel yg lengkap
berisi alat tulis utk peperiksaan..semoga pemberian kecil ini
mampu menaikkan semangat murid2 yg kurang mampu..


Sedikt sebanyak perkongsian..nak citer benda yg interesting lagi takde dah..cerita sekolah lah yg banyak..udah setiap hari ada kt sekolah kan..hehe..Rasa seronok berkongsi cerita biar la biasa2 je pun..at least dpt imbau kenangan time sekolah2 dulu ye dak?=)


No comments: